SEARCH

Trend Subang Bentuk Bulat Masih Tegar Jadi Pilihan

Trend Subang Bentuk Bulat Masih Tegar Jadi Pilihan

Setelah puas menyaksi musim berganti tukar, baik munculnya subang dalam bentuk berjuntai-juntai mahupun yang mengambil bentuk abstrak bak arca, tetap trend subang bentuk bulat menjadi pilihan! Tidak kiralah bentuk bulatnya yang sama ada ringkas, bertatahkan kristal atau yang klasik hoop, subang bulat tidak pernah menemukan kesalahan sebagai pelengkap gaya.

So round shaped earrings still in? It sure is!

Bermula daripada Hailey Bieber, ke Maisie Williams, ke Noor Tagouri, Kylie Jenner, Cami Mendes sehinggalah Zendaya, semuanya tidak terlepas daripada menggayakan subang bulat dalam menyempurnakan penampilan masing-masing. Gaya kasual harian, gaya semi formal malah untuk #OOTD thirst trap sekali pun, pasti terlihat subang bentuk bulat tergantung cantik di telinga menambah seri.

Adakah subang bentuk bulat itu diumpamakan sebagai afterthought atau penambah yang difikirkan kemudian? Hanya kerana bentuk rekaannya yang ringkas, membuatkan si pemakai pun berfikir, “Nah, pakai sahaja subang bulat ini… asalkan ada.” Sungguhpun subang bulat mungkin dikira tidak begitu kuat dalam mencipta statement – sebagaimana subang-subang lain yang selalunya ‘terbentang’ di depan mata menambat perhatian, apatah lagi yang disesuaikan dengan gaya-gaya tertentu – seperkara fasal subang bulat adalah, ia tidak pernah ‘biased’ dalam menyaingi apa jua gaya.

Seperti yang dinyatakan di perenggan atas yakni “tidak pernah menemukan kesalahan”, di mana usahkan gaya kasual sahaja, jika hendak memakai subang bulat dengan helaian formal pun tidak ada masalah dan pakai ia bersama gaya kerja pun tidak membangkitkan isu. Lihat gaya-gaya #OOTD selebriti serta personaliti antarabangsa di bawah, you get what I mean.

Contoh gaya formal malam dengan subang bentuk bulat adalah seperti aturan gaya Emily Ratajkowski atau Lana Condor. Noor Tagouri pula memakai ia sewaktu menjadi panel dialog di Beauty Icon. Manakala Barbara Palvin relaks menggayakan ia di rumah menerusi gambar swafotonya. Jadi, kamu faham mengapa kami menegaskan bahawa trend aksesori subang bulat masih lagi mengungguli trend aksesori yang lain?

TREND SUBANG BULAT SELEBRITI
                                                                            LANA CONDOR                                                                                                                                         ZENDAYA
                     trend round shaped earrings
NOOR TAGOURI
ARIANA GRANDE
trend round shaped earrings
BARBARA PALVIN
BEBE REXHA
CAMI MENDES
KYLIE JENNER
MAISIE WILLIAMS
ROWAN BLANCHARD
EMILY RATAJKOWSKI
YARA SHAHIDI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE