SEARCH

First Look… UNIQLO X JW ANDERSON Musim Luruh 2019

First Look… UNIQLO X JW ANDERSON Musim Luruh 2019

uniqlo jw anderson fall 2019

Seperkara tentang himpunan kolaborasi UNIQLO dengan JW Anderson adalah ia tidak pernah mengendurkan harapan atau antisipasi kita. Setiap kali UNIQLO mewartakan kolaborasi bersama JW Anderson bakal dilepaskan dan seumpamanya, ia pasti membuatkan perasaan yang terkandung dalam batin kita sepertikan bertempik sorak. Mengujakan dan menggembirakan!

Enam hari lalu, UNIQLO dan JW Anderson ‘mengacau’ kita dengan cuitan acah menerusi akaun Instagram masing-masing. Post Instagram mereka menampilkan mainan video yang menangkap imej-imej pantai berbatu kerikil di kawasan cenuram yang mengingatkan kita pada pantai Chesil atau Birling Gap, dengan suasana dinginnya… belum apa-apa lagi, terasa estetika atau kualiti Britishness.

Kerana masuk bulan Oktober ini nanti, UNIQLO X JW Anderson musim luruh 2019 bakal dilepaskan! Sungguhpun mereka belum mengeluarkan lagi rupa keseluruhan koleksi kali ini, namun kita sudah dipertunjukkan dengan imej pertama kempen fesyen UNIQLO X JW Anderson. Menurut Jonathan Anderson, imej kempen yang kita lihat itu menjadikan ‘British Classics Reimagined’ sebagai inspirasi – seperti biasa, citra klasik British adalah tema Jonathan, bermula daripada kolaborasi yang pertama lagi.

 

“Kami memelihara klasik British untuk koleksi terbaru bersama UNIQLO X JW ANDERSON ini. Ada elemen-elemen seperti fabrik tartan yang signifikan buat budaya Inggeris, namun yang uniknya fasal koleksi ini adalah kami mengolah semula semuanya menjadi LifeWear,” jelas Jonathan yang begitu bangga dengan himpunan musim luruh ini.

Mengait tema Great British Outdoors untuk kolaborasi keempat ini, menerusi imej pertama kempen fesyennya, kita boleh jangka apa yang dimaksudkan oleh Jonathan fasal ‘reimagined’. Baju panas cable yang saiznya dibesarkan, corak-corak tartan dalam rona berbeza-beza yang dilagakan seperti tartan berona merah dengan tartan berona hijau manakala stail pula ada sedikit pengaruh grunge atau punk. Bercakap fasal rona, malah palet warna pun banyak yang bermain dengan kontradiksi.

Tak sabar menanti himpunan UNIQLO X JW Anderson penuh ini nanti. Ah, set dalam kalendar… “janji temu kita  dengan UNIQLO pada bulan Oktober.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE