SEARCH

Uniqlo X JW Anderson Kembali Untuk Musim Bunga Panas 2018… And We’re Already Stoked!

Uniqlo X JW Anderson Kembali Untuk Musim Bunga Panas 2018… And We’re Already Stoked!

Uniqlo X JW Anderson adalah satu kerjasama yang menjadi! Ingat lagi ketika awal tahun, Uniqlo mengkhabarkan kolaborasi mereka bersama JW Anderson untuk koleksi kapsul musim luruh dingin 2017, berkecah kami si pencinta-pencinta fesyen. Pertama-tama, kerana Uniqlo sentiasa ada tempat di lubuk jiwa kami. Keduanya, it’s a frigging JW Anderson.

Sebaik saja gambar-gambar rekaan julung kali JW Anderson untuk Uniqlo dilepaskan, ia menjadi omongan setiap orang dan lagilah membuatkan rasa hati itu mengombak. JW Anderson yang umpama sudah ‘menjeleket’ dengan sifat radikal, out of the box, ekstrem dan unik, dilembutkan untuk mengiringi nada bersih, utilitarian dan Lifewear Uniqlo. Hasilnya? Setiap satu helaiannya begitu menarik, memperlihatkan gabungan estetika JW Anderson itu dengan Uniqlo, mencetuskan sesuatu yang di luar jangkaan.

Uniqlo X JW Anderson Spring Summer 2018

Lalu integrasi Uniqlo bersama JW Anderson berjaya menjadi highlight, sehingga membayangi jenama high street lain yang turut ada kolaborasi dengan nama besar industri fesyen. Lantaran itu, maklum balas Uniqlo X JW Anderson amat positif dan Uniqlo mengembalikan semula kerjasama ini untuk musim bunga panas tahun hadapan! Something to look forward to in 2018! Yeah!

Seperti musim luruh dingin tahun ini, pereka fesyen berpangkalan London JW Anderson akan mengeluarkan rekaan buat perempuan dan lelaki. Musim luruh dingin 2017 Uniqlo X JW Anderson menyapu imbasan klasik Inggeris yang bersatu dengan identiti JW Anderson dan inovasi Uniqlo – British Heritage Meets LifeWear. Kecitraan Uniqlo X JW Anderson untuk musim bunga panas 2018 kelak bakal mengolah sesuatu yang tidak menurut kebiasaan.

Uniqlo X JW Anderson Spring Summer 2018
Beg sandang, jaket quilt dan kemeja flannel – bercorak checks merah biru, yang diilhamkan oleh semangat klasik British adalah item ‘highlight’ Uniqlo X JW Anderson musim luruh dingin 2017

 

“I truly hope you will enjoy it,” seru Jonathan tentang uniqlo x jw anderson s/s 2018

Kata Jonathan Anderson (video di bawah), dia mengacah kita dengan idea layering for spring summer. Semuanya fasal acu dan padan yang mengisih satu helaian bersama helaian-helaian lain namun punya kesinambungan.

Rasa tidak sabar mengelumuni kami, terfikir-fikir juga bagaimana rupanya nanti. Pabila Jonathan menyebut tentang mix and match, mungkinkah akan ada sesuatu yang neuter atau helaian yang tidak rumit – merujuk kepada rekaan androgini JW Anderson untuk lelaki tahun lepas – untuk dipakai oleh mana-mana jantina pun? Katanya lagi akan ada penyatuan kemeja dengan kemeja, kemeja dengan skirt panjang dan ada ceraian kemeja panjang. Ok, we’re excited! 

Saksikan video temu bual bersama Jonathan Anderson untuk himpunan Uniqlo X JW Anderson musim bunga panas 2018 di bawah ini. Ia mengupas sedikit apa yang bakal diketengahkan pada musim tahun hadapan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE