SEARCH

Nama-Nama Besar Merias Diri Dalam Rekaan Versace & Himpunan Kemeja T Istimewa, Mengenang 20 Tahun Gianni Versace

Nama-Nama Besar Merias Diri Dalam Rekaan Versace & Himpunan Kemeja T Istimewa, Mengenang 20 Tahun Gianni Versace

Versace Tribute musim bunga 2018 yang usai bulan lepas bagai yang lama dikelek, yang baharu didukung. Menyanjung semula apa yang pernah diperjuangkan oleh abangnya, Gianni, Donatella menghidupkan kembali entiti Versace masa dahulu. “This collection is a Tribute to the life and works of Gianni. This collection is for you Gianni,” setelah 20 tahun Gianni memusakakan jenama ini kepada Donatella, ini cara Donatella menghargai kembali jasanya.

Apa yang diusulkan oleh Versace semasa minggu fesyen musim bunga 2018 itu berjaya memusatkan Milan jadi tumpuan mata dunia. Fasal mengulang jejak Gianni dalam masa yang sama memberi impak – menghidangkan orang ramai dengan kejutan sosok supermodel-supermodel 90an di akhir pertunjukan, sifat rekaan-rekaan seperti stail, teknik dan motif corak yang punya keserupaan dengan apa yang Gianni pernah buat juga suka sebelum-sebelum ini – membuatkan Versace tak lekang di bibir orang.

Terima kasih juga kepada visi Donatella untuk himpunan kali ini, anak-anak muda sekarang berpeluang mengecap untuk mengetahui inovasi Gianni yang pernah suatu ketika dahulu mengencangkan kancah fesyen dunia. Ayuh, dalam mengenang Versace, kita lihat momen-momen terpenting tahun ini yang mempertaruhkan nama-nama besar juga selebriti-selebriti terkemuka yang menyarung, memakai dan melengkapkan diri dalam rekaan-rekaan Versace. Daripada bintang pop Taiwan, ke bintang milenial sehinggalah puteri Monaco!

ELLE FANNING

Elle Fanning memakai dress paras buku lali daripada koleksi Tribute musim bunga 2018, sarat corak Versace Warhol di InStyle Awards. Dress berleher bentuk hati, dihiasi batu-batu Swarovski berwarna.

MARGOT ROBBIE

Ketika tayangan istimewa Goodbye Christopher Robin di New York, Margot Robbie juga memakai dress Versace musim bunga 2018. Dress ini pula sarat corak rerama, yang cukup ikonik buat Versace. Dengan perincian tekstur ruched pada bahagian pinggang.

AMAL CLOONEY & JOLIN TSAI

Peminat setia Versace, terlihat Amal Clooney dan Jolin Tsai yang sering memakai Versace untuk mana-mana occasion. Amal begitu cantik dalam gaun Atelier Versace di Venice Film Festival baru-baru ini. Berwarna ungu lembut dalam fabrik sifon sutera. Gambar sebelah menyaksikan Amal memilih dress vintaj Versace, dalam warna emas-keemasan.

Jolin pula gemar himpunan ready to wear Versace, memakai helaian tersebut ketika di parti Bulgari juga semasa dia berpergian ke Milan. Untuk kedua-dua occasion itu, Jolin memakai helaian-helaian Versace daripada musim luruh dingin 2017.

PENELOPE CRUZ

Gaun labuh Atelier Versace dipakai oleh Penelope Cruz di Venice Film Festival. Gaun putih yang disempurnakan perincian manik corak Barocco dan penuh bulu pada skirt.

JENNIFER LAWRENCE

Jennifer Lawrence memilih dress rantai yang diolah seperti sarang lelabah juga daripada Atelier Versace, semassa menghadiri tayangan perdana filem Mother!

HAILEE STEINFELD

Ketika di MTV Video Music Awards, Hailee Steinfeld mendandani diri dalam dress Atelier Versace musim bunga 2017. Dress mini berwarna kelabu ini direka dengan pola cutout pada bodice hadapan dan lisu sebagai perincian utamanya.

 

NICOLE KIDMAN

Fresh off the oven alert! Nicole Kidman menyarung salah satu look daripada musim bunga 2018 yakni dress baldu warna merah jambu pucat berbahu tajam dan manipulasi pola pada bodice hadapan.

MATT DAMON & LUCIANA DAMON

Pasangan ini memilih persalinan Versace di Venice Film Festival. Matt Damon menggayakan tuksedo klasik daripada Versace manakala Luciana Damon pula menyarung gaun strapless warna merah daripada Atelier Versace musim luruh 2017.

HSH PRINCESS CHARLENE OF MONACO

Ketika di Gala The Global Ocean Honoring Leonardo Dicaprio, HSH Princess Charlene memakai dress sifon hitam strapless daripada Atelier Versace. Dress ini dilengkapi perincian Swarovski warna hitam dan emas pada bodice untuk mencipta efek atau tekstur.

KEMEJA T VERSACE TRIBUTE COLLECTION

 

Chiara Ferragni memakai kemeja T Versace Tribute corak Tresor De La Mer

 

Sebagai memperingati Gianni dan meneruskan lagi inisiasi Tribute Versace, rangkaian kemeja T turut dikeluarkan. Kemeja T ready to wear Tribute Versace ini disempurkakan motif atau corak yang cukup simbolik malah signifikan buat jenama ini. Contohnya motif Warhol, barok dan ilustrasi majalah Vogue. Chiara Ferragni antara yang menggayakan kemeja T tersebut – menepati citarasanya yang suka pada imej street style – memadukan ia bersama ceraian juga aksesori Versace lain.

5 HIMPUNAN UTAMA KEMEJA T VERSACE TRIBUTE COLLECTION – YA, KINI ADA DI MALAYSIA! 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE