SEARCH

Vivienne Westwood & Burberry Bergabung, Re-Imagine Iconic Style

Vivienne Westwood & Burberry Bergabung, Re-Imagine Iconic Style

Riccardo Tisci melepaskan satu khabar gembira buat segenap pencinta-pencinta fesyen dalam Instagaram-nya – Vivienne Westwood akan bekerjasama dengan Burberry untuk menghasilkan satu koleksi kapsul! Koleksi kolaborasi yang tak hanya bertumpu pada memperbaharui stail-stail ikonik, malah merai nada gaya serta warisan Inggeris.

Sesuatu yang dinanti-nantikan. Menuntut segala kemahuan pecinta-pencinta fesyen. Apabila dua nama besar dalam medan fesyen bergabung tenaga. Si pereka fesyen anti-establishment yang sendi cintanya adalah dedikasi buat punk rocker, Vivienne Westwood dengan insan kreatif yang bijak dalam membentuk cult dalam fesyen yakni Riccardo Tisci yang kini mengepalai Burberry.

vivienne westwood burberry riccardo tisci

Kolaborasi yang akan dilancarkan pada Disember nanti adalah kerjasama pertama Burberry di bawah seliaan Riccardo, selepas pelantikannya sebagai ketua pengarah kreatif untuk jenama Burberry pada Mac yang lalu.

“Vivienne Westwood antara pereka fesyen pertama yang mempengaruhi saya untuk menyemai cita-cita menjadi pereka fesyen. Jadi, bila saya memulakan langkah bersama Burberry, saya meraih peluang yang ada untuk bekerjasama dengan Vivienne dan saya tahu ia adalah pilihan sempurna,” kata Riccardo fasal Vivienne Westwood X Burberry. Tambah Riccardo lagi, sifat-sifat Vivienne yang suka menentang kebiasaan, peminat punk juga punya keunikan distingtif, bukan sahaja menginspirasikan Riccardo seorang malah semua juga terkesan. “I am so incredibly proud of what we will be creating together.”

Selain itu, kolaborasi Vivienne Westwood dengan Burberry ini juga diujudkan untuk mendukung kebajikan juga pertubuhan amal hutan hujan, www.coolearth.org.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE