SEARCH

Wanderlust + Co Buka Kedai & Item ‘New Arrival’ Harus Dimiliki!

Wanderlust + Co Buka Kedai & Item ‘New Arrival’ Harus Dimiliki!

wanderlust

Hampir mencecah usia satu dasawarsa dah dan ebelum apa-apa, kami mahu lafazkan selamat ulang tahun kelapan, Wanderlust + Co… in advance! Dan bagaimana Wanderlust + Co merayakan hari jadi mereka? Dengan membuka pop-up store pertama di Malaysia tak lama lagi, bagi menyemarakkan lagi sambutan.

Terima kasih buat Jenn Low – pengasas Wanderlust + Co – kerana memunculkan satu idea platform lokal dalam talian yang membariskan barang kemas wanita. Setelah memulakan Wanderlust + Co di Melbourne, Jenn pulang ke Malaysia, menghidupkan semula e-dagang ini. Pejam celik, pejam celik, Wanderlust + Co sudah lapan tahun berada di pasaran.

And guess what? Kendall Jenner, Selena Gomez dan Vanessa Hudgens antara klien yang pernah menggayakan Wanderlust + Co! Wanderlust + Co menawarkan barang kemas yang mewah dari segi rekaan dan menyerupai designer pieces, tetapi dalam harga yang berpatutan. Khusus buat perempuan-perempuan yang hidup dalam dunia digital.

Wanderlust + Co menggambarkan perempuan-perempuannya sebagai #WCOgirlgang atau dalam erti kata lain, dewi ilham mereka. #WCOgirlgang menafaskan karakter perempuan yang tidak mengenal takut, mencintai kehidupannya dan sentiasa optimis dalam segala hal. Sebagai jenama yang mengutamakan barang kemas, Wanderlust + Co sepanjang masa memerihalkan keindahan serta kecantikan dalam produk-produknya.

Mengapa Jenn memilih nama ‘Wanderlust’ pula adalah kerana ia berkaitan dengan keinginan untuk berkelana yang mencerminkan kebebasan juga kemerdekaan dalam pemikiran. Jadi, untuk mengucapkan ‘Selamat Ulang Tahun Kelapan’ juga ‘Tahniah’ atas pembukaan butik pertama Wanderlust + Co, kami susun 12 item new arrival yang diidamkan dan harus dimiliki.

12 Item New Arrival Wanderlust + Co Idaman Kami

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE