SEARCH

Yeezy & FentyXPuma: Selebriti Jadi Pereka, Can or Not?

Yeezy & FentyXPuma: Selebriti Jadi Pereka, Can or Not?
Koleksi yang membuatkan model nampak seperti pelarian
Koleksi yang membuatkan model nampak seperti pelarian

Minggu fesyen New York sedang berlangsung. Beberapa pereka sudah pun mementaskan koleksi mereka. Tentulah yang menjadi sebutan ialah persembahan ‘pesta pelarian’ Yeezy Season 3 dan Fenty x Puma memperkenalkan Rihanna sebagai Pengarah Kreatif Womenswear nya. Nampak gayanya cerita selebriti menjadi pereka ini bukan sahaja hangat di Malaysia, bahkan sehingga ke New York strategi yang sama digunakan. Semua kerana mahu melariskan jualan. Baguslah kalau begitu. Sememangnya jika berdasarkan gempita yang tercipta, harus jualannya juga memberangsangkan. Tetapi persoalan lebih penting sekarang ini ialah apakah bagus sebenarnya koleksi yang direka selebriti-selebriti ini?

YEEZY SEASON 3

Tema rwandan refugee camp. Seriously?
Tema Rwandan refugee camp. Seriously?

Kanye West mungkin mahu membuktikan yang dia adalah ‘Jack of All Trade’. Memang ini sudah masuk musim ketiga dia mereka koleksi Yeezy x Adidas. Saya sebenarnya suka dengan koleksi musim bunga 2016 yang dipersembahkan tahun lalu. Ia didominasi helaian berona nude. Tapi kali ini saya tak pasti. Seorang penulis yang menulis untuk laman web jezebel.com (dia mendapat undangan menjadi extra dalam pertunjukan fesyen ini), antara arahan yang diterimanya ialah tema koleksi ini ialah untuk nampak seperti Rwandan refugee camp. Ha… betullah pemerhatian saya. Dah memang sebenarnya itu pun yang ingin disampaikan oleh Kanye. Ada antara helaian yang dipersembahkan menarik perhatian, tetapi entah saya seperti tidak setuju dengan cara persembahan koleksi ini dan tema yang diketengahkan. Apakah fesyen hari ini harus nampak lusuh dan ‘miskin’? Kerana pada saya inilah gambaran yang disampaikan melalui Yeezy Season 3 ini. Penulis di laman web jezebel.com sendiri menyebut, “I think a misconception was that the clothes the extras were wearing were from the Yeezy collection. All the shoes were Adidas, but the clothes were thrift store finds that I think they dyed to be the same color scheme.” Nah dia sampai menyamakan helaian-helaian dalam koleksi ini seperti dari thrift shop. Sudah berlangsung di Madison Square Garden, saya tertanya perlu ke mempersembahkan koleksi fesyen dalam skala sebegini besar? Di manakah exclusivity fesyen itu?

Seluruh famili Kardashians membuat penampilan
Seluruh famili Kardashians membuat penampilan

Baiklah dari segi rekaan dan tema pertunjukan, this is my two cents. Tetapi saya harus salute dengan Kanye kerana seperti Americans yang lain, strategi pemasaran mereka memang terbaik. Mengapa? Kanye menyatukan pertunjukan Yeezy ini dengan pra dengar album barunya ‘The Life of Pablo’. Yeah why don’t we just kill two birds with one stone? Menjual koleksi sekaligus bersama album baru juga. Well done. Naomi Campbell satu-satunya supermodel yang melewati perntas pertunjukan. Di celah-celah ratusan model di atas pentas, tiba-tiba Naomi muncul. Dan kamu tahu apa jadi pabila Naomi muncul. Come on, the queen of catwalk is there. One more point scored. Seterusnya, seluruh famili Kardashians hadir memberikan sokongan termasuklah Caitlyn Jenner. Dan kesemua mereka memakai helaian rekaan kerjasama dengan Olivier Rousteing. Beritahu saya, how can anyone top that off? Strategi demi strategi yang bijak digunakan Kanye. Bagus untuk menutup ‘the meh’ collection. Kanye juga dikatakan mempromosikan diri dengan post tweet nya yang mengutarakan, “I want to be the creative director of Hermes.” Seriously? Maknanya dia mahu membawa tema ‘miskin’ dan pelarian ke jenama top liner, Hermes? That’s just great!

Tweet Kanye West mempromosikan diri sendiri
Tweet Kanye West mempromosikan diri sendiri

Apa-apa pun nampaknya dunia fesyen sedikit bergempita dengan pertunjukan Yeezy ini. Dunia fesyen semakin bergerak ke arah non-exclusive. Kanye melanggar semua adat pertunjukan fesyen. Tiada lagi runway panjang sebaliknya pentas besar. Tiada undangan eksklusif kerana nampaknya seluruh New York ada dalam Madison Square Garden untuk pertunjukan ini. Dan tiada lagi front row. Ketua Pengarang Vogue, Anna Wintour juga duduk di celah-celah ratusan penonton lain. Grace Coddington tidak kelihatan langsung (dia terang-terangan tidak menyukai Kanye West dalam klip pembikinan muka depan Kim dan Kanye untuk Vogue).

FENTY X PUMA

Rihanna bersama Gigi & Bella Hadid di belakang pentas
Rihanna bersama Gigi & Bella Hadid di belakang pentas

Ini kali pertama Puma mengumumkan Rihanna sebagai Pengarah Kreatif Womenswear Fenty x Puma. Sebelum ini Rihanna pernah bekerjasama dengan Puma untuk koleksi kapsul creeper mereka. Satu percubaan yang baik buat Rihanna. Walaupun seluruh koleksi nampak thrashy sebenarnya tapi saya kira semua itu adalah helaian-helaian yang akan dipakai Rihanna. Dia mereka koleksi yang melambangkan dia. Yang tidaklah salah. Dia Rihanna, dia boleh buat apa pun yang dia mahu. Sedangkan dulu waktu nyanyian live nya tak bagus pun, seluruh dunia menerima dia sebagai penyanyi. Jadi kalau pengaruh selebriti sebegini yang dia miliki, why can’t she design a thrashy collection? Lagi sekali ia membawa kepada persoalan, apakah itu arah tuju dunia fesyen hari ini? Atau itu arah tuju selebriti yang menjadi pereka fesyen? Tapi bagaimana dapat kita membuat kesimpulan hanya berdasarkan dua selebriti ini sahaja? Tapi saya juga harus ingat, ini koleksi selebriti untuk Adidas dan Puma. Mungkin mass appeal yang mereka mahukan.

Sekurangnya-kurangnya saya rasa pembuatan kedua-dua koleksi ini dipastikan dalam kualiti yang terbaik. Kerana kedua-duanya adalah kerjasama dengan jenama yang establish dan memiliki sejarah panjang dalam dunia produksi. Kualiti pembuatan bukanlah sesuatu yang patut digusarkan. Lain pula dengan selebriti tempatan yang menjadi pereka. Ya benar mereka menggunakan nama mereka untuk menjual koleksi, tetapi diminta harap memperbaiki dan menjagalah kualiti produksi. Jangan benarkan saya bercakap soal kualiti rekaan pula. Cukuplah saya berhenti sekadar di kualiti produksi.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE