SEARCH

Aidilfitri Semakin Dekat, Zaloraya 2018 Mempamerkan Pilihan!

Aidilfitri Semakin Dekat, Zaloraya 2018 Mempamerkan Pilihan!

zaloraya 2018

Baru minggu lepas Zalora melepaskan himpunan integrasinya bersama pereka-pereka lokal untuk Zaloraya 2018! #Zaloraya2018 kali ini mengatur seiring nama-nama pereka yang sudah lama berjejak kaki ke arena fesyen Malaysia seperti Tom Abang Saufi bersama pereka-pereka baru yakni Petra, Zaimi Zulkifli, Ezzati Amira dan ramai lagi.

Sekali lagi Aidilfitri bakal datang mengetuk, dengan salam dan lafaz kesyukuran. Hari yang ditebarkan dengan keriangan, penuh warna-warni dan kejernihan cahaya pasti lebih sempurna dengan gaya-gaya berbaju baru! Tiba waktu mengagahkan diri, melayari platform beli-belah atas talian terbesar, Zalora untuk opsyen baju-baju Hari Raya kamu hasil rekaan pereka-pereka fesyen lokal. Daripada Afiq M ke Rico Rinaldi, sehinggalah Alia Bastamam dan Jovian Mandagie, #Zaloraya2018 mempersembahkan keunikan serta kelainan yang mungkin menghebatkan Aidilfitri kali ini.

zaloraya 2018

Pertunjukan #Zaloraya2018 yang diadakan minggu lepas – yang bisa ditonton secara strim menerusi laman web Zalora – dihadiri lebih 1000 undangan yang terdiri daripada media-media, influencers fesyen, selebriti juga orang-orang kenamaan. Acara yang menyuntik elemen-elemen tradisional seperti permainan congkak, guli serta laying-layang, mengilhami tema kempen tahun ini. Malah instalasi yang mimik permainan-permainan ini turut dijelmakan secara interaktif, membolehkan tetamu-tetamu yang hadir untuk merasai pengalaman aktiviti masa senggang orang Malaysia dulu-dulu.

zaloraya 2018

Dalam pada waktu pelancaran ini juga, Zalora memperkenalkan satu inisiatif baru (yang memudahkan pembelian atas talian di zalora.com.my) yakni ZALORA NOW. Khidmat tambahan ini membenarkan konsumer-konsumer yang membeli, menerima barang yang ditempah dalam kadar pantas. Paling tidak pun keesokan harinya! Proses penghantaran ekspres ini tidak melibatkan sebarang caj ekstra – setiap kali pembelian – sebaliknya konsumer-konsumer hanya perlu membayar yuran sebanyak RM19.90 sekali sahaja untuk setahun.

Berbekalkan kesenangan membeli-belah, selain himpunan rekaan-rekaan baju Hari raya yang menakjubkan, Zalora menjadikan Aidilfitri kamu lebih bermakna. Nah, usah buang masa! Layari Zalora sekarang!

ANTARA ‘HIGHLIGHT’ KOLEKSI AIDILFITRI ZALORAYA 2018

zaloraya 2018

Ezzati Amira bersama salah satu ‘look’ koleksi Aidilfitri, hasil rekaannya

Kempen Hari Raya Kree, menampilkan Alicia Amin dan Shikin Gomez

zaloraya 2018

Pereka Kree, bersama model-model di belakang pentas. Himpunan yang menafaskan kembali glamor Melayu kala lampau

zaloraya 2018

Koleksi Aidilfitri daripada Petra, yang membangkitkan nada ultra-moden dan distingtif

Kelainan yang dibawa oleh Ezzati Amira, menyerakkan keberanian dari segi penggayaan 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE