SEARCH

ZCOVA X KHOON HOOI Bertaut Mengukuh Budaya TImur

ZCOVA X KHOON HOOI Bertaut Mengukuh Budaya TImur

zcova khoon hooi oriental

“Payah untuk saya katakan ‘tidak’ pada ZCOVA. Kerjasama dengan ZCOVA adalah satu ruang untuk saya berkarya, mengerah kepala untuk mereka barang kemas buat julung kalinya. Apalagi ZCOVA adalah jenama yang kian berkembang dan dinamisme yang terjalin antara kami mampu mengeluarkan hasil terbaik,” kata Khoon Hooi tentang kerjasamanya dengan jenama barang kemas atas talian pertama Malaysia, Zcova.

Khoon Hooi memandang ke dasar timur, mengait budaya Oriental untuk koleksi kolaborasinya bersama Zcova. Bukan sahaja budaya, Khoon Hooi juga mengindahkan kecintaan serta kehalusan seni Oriental sebagai pangsi ilham, lantas terciptanya barang perhiasan yang tak makan dek zaman khusus untuk memperkasakan gaya si perempuan.

zcova khoon hooi oriental

Buat yang belum tahu sepenuhnya siapa Zcova, ia jenama barang kemas dan perhiasan yang diasasakan oleh Low Ziwei dan Low Ziyin. Sinergi antara dua adik-beradik ini dipandu oleh semangat keusahawanan juga minda bisnes Low Ziwei dengan daya kreatif Low Ziyin yang berkelulusan dalam bidang seni halus untuk perabot dan barang kemas. Gabungan tenaga antara mereka mencorakkan satu perniagaan barang kemas (yakni Zcova).

Mengapa Khoon Hooi? “Kerana kami mahu bertumpu kepada pereka fesyen yang begitu teliti dalam hasil kerjanya, mempunyai ‘mata’ dan kerja tangan yang menakjubkan,” kata Low Ziyin. Jelasnya lagi, Khoon Hooi bijak dari aspek menafaskan kebaharuan dan kemodenan pada rekaan-rekaan barang kemas dengan menyemat sekali ketradisionalan Oriental. Menjadikan ia kontemporari.

Untuk Zcova X Khoon Hooi, Khoon Hooi menyelit makna dan simbolik – kerana makna dan simbolik cukup signifikan buat budaya Oriental. Pengaruh simbolik budaya Oriental yang mendasari kehidupan seseorang menjadi sendi utama Khoon Hooi. Dia mengutip elemen-elemen positif yang bersangkutan dengan budaya Oriental sebagai butiran rekaan – misalnya seperti inspirasi bambu yang mencerminkan kejujuran juga panjang umur dan ilham bunga kekwa yang mempersonifikasikan sifat rendah hati – menjadikan ia begitu sempurna untuk digayakan. Bisa dipakai saat merai kebahagiaan, cinta dan keriangan.

Koleksi barang kemas ini juga menjelmakan kuasa cinta dan romantis menerusi simbol floral (yang digunakan sebagai corak barang kemas) seperti plum blossom yang sinonim dengan ketabahan mendepani kesusahan dan menjanjikan harapan.

koleksi zcova x khoon hooi 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE