SEARCH

10 Rahsia Bahagia Posh & Beckham

10 Rahsia Bahagia Posh & Beckham

Tahun ini genap 17 tahun perkahwinan Victoria Caroline Beckham bersama suami David Robert Joseph Beckham yang melafazkan cinta mereka pada Julai 1999 dalam keraian cukup glamor. Pasangan ini sentiasa dilihat sebagai the perfect couple yang tanpa henti mencuri perhatian dunia.

Dikurniakan empat cahaya mata – Brooklyn Joseph (17), Romeo James (14), Cruz (11) dan Harper Seven (5), mereka bahagia melayari kehidupan sebagai sebuah keluarga yang sempurna. Namun apa rahsia sebenar hubungan cinta dan kasih sayang yang dijalin ini? Pasangan ini berkongsi rahsia bahagia.

LOVE AT FIRST SIGHT DOES EXIST
“Kali pertama melihat Victoria di televisyen saya berbisik pada hati – I’m going to marry her.” – Beckham.

PENTING UNTUK BERKONGSI MINAT
“Kami berkongsi minat serupa – haiwan peliharaan, jam, fesyen dan fakta serupa dalam banyak hal. I know it’s tacky but it makes me laugh” – Victoria Beckham

AMBIL TAHU URUSAN PASANGAN
“Terus terang saya tidak tahu apa-apa tentang bola sepak tetapi sebagai pasangan apa yang saya tahu adalah saya harus sentiasa menyokong minat David untuk dia menjadi lebih baik.” Victoria Beckham.

TERIMA SEADANYA
“Saya sangat sayang pada Victoria, even if she works at Tesco. Tiada apa yang menghalang untuk saya tidak mencintainya.” Beckham.

ROMANCE IS THE KEY
“If you love someone, you want to treat them, surprise them, remind them how you feel. Tidak kira betapa jauh atau dekat jarak yang ada kasih sayang harus dikongsi walau di mana sekali saya berada. Tidak akan ada satu hari pun jika saya berjauhan saya terlepas untuk menghubungi Victoria.” Beckham.

beckhams family stailmyLOOK AREN’T EVERYTHING!
“Satu pagi saya bangun dan melihat David sedar dari lena saya memberitahunya – You look really crap! Dari situ saya tahu itulah perkara paling sempurna dalam perhubungan. Look behind the close door.” Victoria Beckham.

SIMPAN MEMORI DALAM INGATAN
“Saya tidak akan lupa hari Victoria melahirkan Brooklyn. Saya sedang makan di restoran bernama Lion Bar dan tanpa membuang masa saya bergegas ke hospital untuk bersamanya.” Beckham.

BERGERAK SEBAGAI SATU PASUKAN
“3 boys in the family bukan hal yang mudah tetapi saya bersyukur David tidak sesaat pun membiarkan saya lalui semuanya sendiri.” Victoria Beckham.

PERKAHWINAN ADALAH KEHIDUPAN
“Orang boleh cakap apa sahaja tentang kami tapi apa yang pasti, saya dan Victoria akan kekal sebagai suami isteri selama-lamanya.” David Beckham.

ANAK
“They are a wonder to me every day. Setiap seorang daripada mereka memberi tenaga berbeza untuk saya bernafas dan lalui kehidupan setiap hari.” Victoria Beckham.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE