SEARCH

10 Tempat Makan Mesra Muslim di Perth Saranan STAIL.MY

10 Tempat Makan Mesra Muslim di Perth Saranan STAIL.MY

Seletah membuat liputan ke kawasan-kawasan #InSTAILgramWorthy di Perth, STAIL.MY mengeksplorasi juga tempat makan mesra Muslim di sana. Jika kamu bercadang untuk pergi ke sana dan tidak pasti di mana mahu menjamah menu Halal tanpa was-was, kami senaraikan restoran-restoran mesra Muslim di Perth untuk kemudahan perjalanan kamu.

Perth adalah salah satu daripada bandar-bandar multikultural yang paling menakjubkan di mana kamu boleh menikmati semua jenis makanan etnik. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk makanan Halal dari penduduk tempatan dan pelancong. Pilihan makanan halal kini mudah dijumpai, bukan sahaja di kedai-kedai makanan ala Timur Tengah, malah kafe, kedai roti, makanan Asia hingga ke Barat dan paling istimewa sekali ada juga restoran masakan cita rasa Malaysia di sana!Untuk mengenalpasti sama ada sebuah restoran itu benar-benar halal di Perth, kamu boleh mencari logo halal yang tertera di kedai. Usah pelik jika mendapati banyak logo halal di sana kerana terdapat pelbagai badan pengelola yang meluluskan pensijilan halal termasuk daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) seperti logo di atas.

AirAsia Terbang Ke Perth Setiap Hari!

Tempah tiket ke Perth dengan penerbangan AirAsia dari KLIA2 setiap hari, serendah RM299 sahaja! Atau kamu boleh memilih pakej percutian hebat termasuk tiket penerbangan + penginapan hotel 4 hari 3 malam + cukai dari RM1,399 per kepala hanya di airasia.com. Nikmati keselesaan berganda dengan Premium Flatbed pada harga bermula RM1,190 serta kelebihan seperti 40kg peruntukan bagasi, makanan, akses ke Premium Red Lounge, Xcite (hiburan dalam penerbangan), dafar masuk dan boarding ekspres.

MENU SANTAN AIRASIA

STAIL.MY memulakan penjelajahan menu halal di dalam penerbangan AirAsia dengan pelbagai seleksi menu Santan dengan cita rasa ASEAN, antarabangsa dan vegetarian. Menu Santan AirAsia turut menawarkan Set Kombo Santan dengan nilai penjimatan hebat. Kami sarankan untuk membuat pra-tempahan dan menikmati harga rendah bersama minuman percuma. Pra-tempahan makanan boleh dilakukan melalui laman sesawang sekurang-kurangnya 24 jam sebelum penerbangan. Jangan ketinggalan merasai pengalaman masakan lazat di awangan. Lebih 15 menu Santan boleh kamu pilih antaranya Pak Naseer Nasi Lemak, Chef Hong’s Korean Sweet and Spicy Chicken (Dakgangjeong), Ayam Thai Basil dengan Nasi, Ayam Teriyaki bersama Nasi, Vegetable Rice Bowl, Chicken Tikka Masala dengan Naan Bawang Putih, Ayam Panggang dengan Sos Lada Hitam, Pasta Gulung dengan Sosej Ayam, Nasi Padang dengan Keropok Udang, Gourmet Croissant Sandwich dan banyak lagi di sini.

1. Chee Tayeb

Berkonsepkan kafe dan bistro yang menghidangkan menu asli Lubnan dan mempamerkan budaya Lubnan. Hidangan di sini turut mencampurkan cita rasa moden yang digubah sama seperti resipi asli di tanah kelahirannya. Kami cadangkan kamu untuk merasai Makanek atau sosej daging pedas yang enak dan juga Chee Tayeb Hummus seakan roti bom berintikan daging yang diselimuti oleh roti kembung di atasnya. Kamu akan dapati persembahan pada setiap menu sebaik diletakkan ke atas meja di Chee Tayeb seakan menjemput kamu untuk melayari keasyikan rasa pada resipi asli di sini.

Alamat: 353 Murray St, Perth WA 6000, Australia

2. Istanbul Turkish Restaurant

Masih dengan selera Arab tapi kali ini cita rasa orang Eurasia pula. Mulakan dengan hidangan salad istimewa Istanbul yang segar dan sesuai dimakan pada bila-bila masa dan waktu. Kemudian, cuba pula Saslik, daging kambing lazat dengan cendawan, terung, lada dan bawang bersama keju feta! Singgahlah dan cuba salah satu resipi signature saranan pekerja di restoran ini. Oh ya! buat sesiapa yang tertanya-tanya keju apa yang meliputi sesetengah menu di sini, ia hadir daripada keju jenis Feta (keju putih) dan Kasar Peyniri (keju tradisi Turki).

Alamat 19B Essex St, Fremantle WA 6160, Australia 

3. Elie’s Tent

Disebut sebagai restoran mewah Lubnan terletak di Victoria Park, Elie’s Tent dilitupi kain di siling dan pelanggan bakal dihiburkan oleh belly dancer yang menggiurkan. Namun rasa makanan di sini tidak boleh dilawan oleh belly dancer tadi. Restoran dikelolakan oleh keluarga bernama Jabbour, Antara hidangan menarik di Elie’s Tent ialah Hummus (kacang kuda dicampur dengan sos, rempah dan herba tahini), Shawarma Laham (daging batang pinang (kambing) yang diasinkan dan dipanggang), Vegetarian Stew serta kopi dan jus yang disediakan pakar.

Alamat: 610 Albany Hwy, Victoria Park WA 6100, Australia 

4. D’Ankasa Malaysian Restaurant

Ketika berjalan di tengah bandar, sekitar kawasan Central Business District (CBD) Perth, saya ternampak nama Malaysia pada papan tanda hadapan kedai ini. Lalu mendapati ia ternyata menjual makanan Malaysia! Terubat rindu dibuatnya. D’Ankasa boleh mengubati rasa mengidam kamu kerana restoran ini menghidangkan lauk pauk Melayu, ada juga menu lain seperti Laksa, Nasi Lemak Ayam Istimewa, Nasi Goreng Ayam Hainan, Mi Sup Tom Yam, Nasi Goreng Sambal Belacan dan banyak lagi. Satu lagi kelebihan D’Ankasa ialah harga yang ditawarkan cukup berpatutan.

Alamat: 1/566 Hay St, Perth WA 6000, Australia 

5. Malaysian Dining Delights Perth

Jika kamu melalui susur Jalan Manning pasti akan melalui restoran ini, ia turut dibantu dengan papan tanda besar yang boleh dilihat dari kejauhan. Jangan lupa singgah dan bergembiralah kerana mendapati ada makanan Malaysia di jual di sini. Malaysian Dining Delights menghidangkan menu Kerabu Ikan, Tofu Telur Istimewa, Ais Kacang, Cendol selain Mi Goreng, Daging Kapitan Nyonya dan banyak lagi. Servis yang ditawarkan termasuklah dari tempahan meja, walk-in, catering dan penghantaran.

Alamat: 111, Manning Road, Bentley, Western Australia 6102 

6. Insan’s Café

Restoran ini terletak di Jalan Murray di persekitaran CBD Perth tidak jauh dari Elizabeth Quay dan Langley Park. Keistimewaan menu antaranya Nasi Goreng dengan makanan laut, ayam dan sayur-sayuran, popia sayur atau mi sup daging dengan sambal pedas dan sate antara menu yang wajib dicuba. Jangan risau jika kamu seorang yang cerewet dalam pemakanan kerana di sini juga mempunyai beberapa makanan laut dan pilihan burger untuk memastikan perut kamu beralas.

Alamat: 113-115 Murray St, Perth WA 6000, Australia 

7. The Lobster Shack

Kamu akan mendapat kepuasan berganda jika kamu mencari sesuatu hidangan yang berbeza daripada makanan ruji. Lobster Shack terletak di tepi pantai Cervantes, mengambil masa dua jam perjalanan dari Perth dan hanya 17 km dari Taman Negara Pinnacles yang terkenal. Lobster segar, besar dan kaya dengan isi cukup memberikan kepuasan, lebih-lebih lagi dengan makanan tambahan lain seperti kentang, salad, filet ikan sambil menikmati suasana tepi pantai yang indah. Cubalah Lobster Pasta, The Shack Roll and Half Grilled BBQ’d Lobster with Chips and Salad dan Burger Lobster yang pasti membuatkan kamu mengidam untuk ke sana lagi setelah pulang ke Malaysia.

Alamat: 37 Catalonia St, Cervantes WA 6511, Australia 

8. Kailis Fish Market Café

Alangkah indahnya menikmati makanan laut di atas jeti menghadap bot-bot, kicauan burung dan gemersih air laut yang tenang. Kami duduk di bawah kemah sambil mengadap Pelabuhan Bot Memancing, Kailis Fish Market Café telah banyak mendapat pengiktirafan bagi kategori restoran makanan laut terbaik. Kamu harus cuba Squid & Chip, Seafood Delight, Grilled Fish & Chips, BBQ Combo, Chilled WA Lobster dan banyak lagi. Kailis Fish Market Cafe ini sememangnya restoran pilihan ramai pelancong tempatan dan luar negara, maka tidak hairanlah jika kamu ke sini akan mendapati ramai pelanggan beratur untuk memesan makanan.

Alamat: 46 Mews Rd, Fremantle WA 6160, Australia 

9. Corica Apple Strudel

Kita mencari manisan enak pula di tengah-tengah Northbridge. Terdapat kafe pastri dengan rasa asli benua dan kek-kek yang sedang menunggu kalian untuk menikmatinya. Dengan menggunakan bahan-bahan yang paling segar dan lazat, Corica Pastries mencipta hidangan enak dari benua Eropah. Pasti menggoda selera pelanggannya. Nikmatilah rasa enak manisan bersama kopi atau teh hangat. Kerangupan pastri dan kelembutan inti Apple Strudel di atas ini selalu membuatkan saya terliur jika mengingati kembali rasanya.

Alamat: 106 Aberdeen St, Northbridge WA 6003, Australia 

10. Honey Cake

Pengeluar kek pertama di Australia ini mengkhusus dalam pengeluaran kek lapis tradisi Czech buatan tangan, dikenali sebagai The Honeycake. Diilhamkan oleh resipi Bohemian berabad-abad lamanya, kek lazat ini kombinasi unik dengan lapisan madu dan karamel, berkrim atas dengan kacang-kacangan segar dan serbuk madu. Kek buatan tangan ini dibuat daripada bahan semulajadi premium dan bebas pengawet. Setiap lapisan dibuat penuh teliti untuk mencipta hidangan manisan yang indah dan mewah.

Alamat: Henderson St, Fremantle, WA, 6959

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE