SEARCH

12 Percutian Pulau Terbaik Mengikut Zodiak

12 Percutian Pulau Terbaik Mengikut Zodiak

Seperti setiap zodiak, ribuan pulau di dunia juga mempunyai keperibadian. Adakah kamu seorang yang fun atau lebih santai? Adakah kamu minat mengembara atau lebih teruja tentang budaya? Berikut antara senarai percutian pulau terbaik mengikut zodiak kamu.

Gambar : Instagram @divine_villages @grekodom @creteguideru @cretesbest

 

AriesCrete, Greece

Satu perkataan menggambarkan seorang Aries adalah ACTION. Secara semulajadinya Aries adalah seorang pemimpin, pelawak dan juga seorang yang senang berasa empati terhadap orang lain. Mereka tidak suka membuang masa dan tenaga tanpa membuat apa-apa aktiviti dan juga sangat kompetitif. Walaupun kadang-kadang bertindak sebelum berfikir, tetapi biasanya tindakan itu berfungsi untuk diri mereka. Itulah yang membuatkan Crete satu destinasi pulau yang sempurna untuk Aries. Orang di Crete mempunyai suar api yang sama dengan Aries, they are doers and builders. Orang-orang Mino yang tinggal di Crete pada zaman dahulu lah yang membina Istana Knossos untuk menghormati Raja Minos dan sebahagian istana itu masih berdiri gagah sehingga hari ini. Inovasi dan dedikasi orang-orang Mino untuk membina istana itu ada pada seorang Aries. Antara aktiviti lain yang boleh dibuat si Aries yang aktif di pulau ini adalah mendaki, beach combing dan belayar.

Gambar : Instagram @emilustinescu @v_s_s_n_a @ruandrachiurtu @traveldiller @crombieclaire @giulianaleone_

 

Taurus – Sicily, Italy

Taurus adalah seorang yang boleh dipercayai, sabar, praktikal dan setia. Selain itu, mereka juga degil, sukar berkompromi dan konservatif. Sicily pulau yang sesuai bagi mereka kerana Sicilians juga mempunyai ciri-ciri yang sama. Mereka menghargai seni sastera, memasak, muzik dan seni bina seperti Taurus. Romance! antara persamaan lain yang ada pada Taurus dan Sicilians, mereka berjiwa romantis. Buat Taurus yang minat pada muzik, lawati Teatro Massimo untuk mendengar opera dan persembahan lain. Nikmati keindahan pantai, keajaiban seni bina yang berabad-abad lamanya atau melawat gunung berapi aktif yang menarik ramai pengunjung setiap hari. Belajar memasak masakan Sicily dan makanlah sehingga puas.

Gambar : Instagram @nathanleeallen @cherry.bb9 @j.g.oneal @royalfare_hawaii

 

Gemini – The Big Island, Hawaii

Penyayang, lembut, ingin tahu, mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suka bertukar idea baru adalah seorang Gemini. Mereka gemar bertemu orang baru, mengembara dan mempunyai keinginan kuat untuk mencari pengalaman baharu. Big Island menawarkan semua itu dan juga kaya dengan sejarah. “Aloha Spirit” lebih daripada sekadar hello dan selamat tinggal, ia adalah satu cara hidup. Dalam kata lain ia memberi maksud bersatu dengan orang-orang di sekeliling kamu dan amalkan belas kasihan dan berbuat baik dengan semua orang yang kamu temui.  Setiap rantau di Big Island mempunyai sesuatu yang berbeza untuk ditawarkan, membuatkan Gemini tidak bosan apabila berada di Big Island. Dari lawatan ke gunung berapi menaiki helikopter ke bersantai di air terjun, The Big Island mempunyai segalanya untuk si Gemini yang mudah mengubah personaliti diri mengikut keadaan sekeliling.

Gambar : Instagram @martakoltun @mirimiriphoto @jdnascreative @marcelagiunchetti @@anastasiashipitsina

 

Canser – Fiji

Canser seorang yang suka memikul dunia di bahu mereka. Mempunyai rasa belas kasihan, cinta, peka dan juga seorang yang kreatif. Sentiasa cuba mewujudkan kesenangan dan keselamatan dalam setiap pengalaman hidup. Tidak hairanlah jika Fiji menjadi tempat yang bagus untuk mereka berlibur kerana Fiji menyediakan keselesaan dan keselamatan yang mereka dambakan. Lokasi jauh di Lautan Pasifik, Fiji menawarkan suasana santai, tenang dan selamat jauh dari masalah dunia. Family-friendly Fiji dan reputasi sebagai destinasi perkahwinan pilihan ramai memberikannya ia intipati romantis yang tidak dapat diabaikan oleh seorang Canser. Pastikan kamu mengunjungi Taman Warisan Nasional Bouma untuk melihat rainforest dan Air Terjun Tavoro, dan jika kamu mahu merasa pengalaman yang mencabar, cubalah Firewalking.

pulau
Gambar : beachesofaruba.com dan Instagram @2pac_shakir @nature @rosenblatt_adam @omurkara

 

Leo – Aruba

Satu zodiak yang mempunyai strong personality. Leo suka dilayan seperti kerabat dan mempunyai kecenderungan mengalih perhatian orang-orang di sekeliling ke arah mereka. Akan tetapi Leo juga seorang yang baik hati, penyayang, kuat mempertahankan orang yang mereka cintai dan seorang yang berani. Peminat warna cerah dan tertarik pada warna oren, kuning dan emas. Aruba pula terkenal dengan bangunan berwarna-warni dan cuaca yang tidak terlaulu panas. Aruba satu-satunya permata di pulau Caribbean yang mempunyai landskap padang pasar. Penduduknya berjiwa patriotik. Apabila berlibur di sana penduduknya lebih suka jika kamu berpakaian cantik dan menggunakan adab yang baik bagaikan di istana. Selain aktiviti santai di tepi pantai, pulau ini mempunyai aktiviti sukan air, hiburan malam, melihat hidupan liar dan semestinya membeli belah. Pastinya Leo berasa seperti seorang raja di Aruba.

pulau
Gambar : Instagram @jimmytaylorphoto @div.aswath @littleluurieaofmackinac @canvasandpaddle @bethanyann30 @bicyclestreetinn @tylerjmulville @themackinachouse

 

Virgo – Mackinac Island, Michigan

Virgo seorang yang amat menghargai setiap inci hidup. Mereka lebih senang berinteraksi dengan haiwan dan makanan adalah a go to thing! Menikmati alam semulajadi juga satu perkara yang digemari dan mereka lebih senang bersantai di rumah. Kesederhanaan adalah cara terbaik untuk mencari pulau percutian buat Virgo dan Pulau Mackinac is as simple as it gets. Ia destinasi sesuai buat Virgo disebabkan keindahan alam semulajadi yang terjaga kerana kereta tidak dibenarkan masuk ke pulau ini. Berjalan kaki atau menunggang basikal mod pengangkutan di pulau ini membuatkan masa berjalan dengan lebih lambat. Virgo akan merasa lebih relaks dikelilingi kehijauan alam. Grand Hotel menjadi kebanggaan Pulau Mackinac kerana menyediakan penginapan gaya Victorian di mana filem Christopher Reeve, ‘Somewhere in Time’ difilemkan. Kebanyakan seni bina bangunan di pulau ini berinspirasi Victorian. Masa seakan terhenti seperti yang diidamkan oleh seorang Virgo.

pulau
Gambar : Instagram @worldtravelchannel @sunrise_sochi @secretagent_wesanderson @becks_47 @mjayardley @lamesaescondida @ibizamylove @theibizacatering

 

Libra – Ibiza, Spain

Mewah, romantik dan stailish – tiga persamaan yang ada pada seorang Libra dan Pulau Ibiza. Mereka mencintai perhiasan mahal, pakaian stailish berjenama dan masakan bertaraf lima bintang. Ibiza menjadi tempat paling tepat untuk percutian mewah mereka. Menjadi destinasi panas selebriti dan sosialita yang mempunyai nightlife yang kini sudah menjadi legenda di kalangan pengembara dunia. Oleh kerana sebahagian besar budaya orang-orang Spain adalah menari, Ibiza menjadi hub pelbagai jenis kelab malam. Terdapat pusat membeli-belah mewah yang pasti menjadi tarikan Libra. Memandangkan Libra is all about balance, masa untuk bersantai juga harus dipenuhi dengan penuh gaya. Antaranya seperti belayar, berjalan di pantai dan bersiar di luar bandar.

pulau
Gambar : Instagram @balicili @wenikooo @sand_of_bali @franky_fvck @balitourdrivers @thezenbubble
Scorpio – Bali, Indonesia

Misteri dan sensual, seksi dan stailish, bersemangat dan jujur, Scorpio mempunyai semua daya tarikan ini yang bisa menambat hati sesiapa saja yang mereka temui. Begitu juga Bali, destinasi seksi untuk pengembara, pasangan mencari percutian intim dan seorang yang mencari sesuatu yang lebih misteri dan menyeronokkan. Ia juga kaya dengan sejarah dan budaya kreatif. Terkenal dengan tarian tradisional, ukiran patung, lukisan dan lokasi penggambaran filem. Antara yang menjadi daya tarikan pelancong ke Bali ialah lautan aqua yang indah, gunung berapi dan pantai berpasir hitam, persekitaran sempurna buat Scorpio. Jangan lupa melawat pelbagai kuil, surfing atau snorkeling, belajar memasak makanan Indonesia atau mengagumi haiwan eksotik dan banyak lagi. Yes! the possibilities are endless.

pulau
Gambar : Instagram @this_amazingworld @antoniocalvagnophotography @teresa_goncalvesrealest @ig_caribbean_sea @nunziodv @bubbsy55 @alex_turtlle

 

Sagittarius – Barbados

Sagittarians love’s to travel! Mereka adalah penyumbang terbesar sektor pelancongan dan mempunyai keinginan yang tidak pernah putus untuk melihat dunia dan berkenalan dengan orang baru. Seorang yang sangat adventurous dan berani mengambil risiko. Tidak hairanlah jika perkataan ‘tidak’ itu tidak ada di dalam kamus mereka. Barbados mempunyai segala-galanya yang mereka inginkan sebagai destinasi pulau percutian. Di sini mereka boleh mencuba luncur air, skuba diving dan outdoor sports yang lain seperti kitesurfing, berenang bersama penyu di laut atau zip lining.

pulau
Gambar : Instagram @robertapignatelli84 @clairelu @viktoria_pi @theadventuresofraindan @steve_wayne
Capricorn – Key West, Florida

Capricorns adalah seorang yang produktif dalam semua benda yang mereka lakukan. Kebanyakan inspirasi hidup mereka datang dari sastera dan mereka pemegang tegar prinsip hidup mereka. Key West adalah tempat yang sesuai untuk Capricorn berehat dan reset. Walaupun terdapat banyak jenis aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini, Key West masih dianggap tidak terlalu sesak berbanding pulau lain yang mempunyai aktiviti yang sama. Ia lebih tenang, which is what a Capricorn wants! Antara aktiviti menarik di pulau ini ialah melawat rumah api di serata pulau, berbasikal melihat keindahan alam semulajadi dan impromtu concert klasikal. Oh! Jangan lupa melawat rumah Ernest Hemingway, penulis terkenal di Amerika dan bersantai di tepi pantai membaca buku dan berjemur di bawah matahari, for that perfect tan.

pulau
Gambar : Instagram @lautaromendez @eltrendelfindelmundo @sebamanriquezq @farlanecb @cronicasnabagagem

 

Aquarius – Tierra del Fuego

Aquarius berpersonaliti bebas, bijak, original dan lebih suka melakukan perkara mereka sendiri. Walau bagaimanapun, mereka juga seorang yang misteri dan suka menyendiri. Lebih gemar percutian yang jauh dari kehidupan mereka untuk memberi nafas baru. Tierra del Fuego adalah pulau yang sesuai untuk Aquarius rejuvenate kerana kedudukannya yang jauh di hujung selatan Amerika Selatan. Sebahagian daripada pulau ini adalah milik Chile dan sebahagian lagi milik Argentina. Sebuah pulau yang cantik dan penuh misteri, sama seperti Aquarius sendiri. Ia terkenal dengan landskap dramatik gunung bersalji, glasier dan tundra. Antara aktiviti menarik lain ialah berjalan bersama penguin atau kunjungi Parque Nacional yang mempunyai air terjun, gunung dan glasier.

pulau
Gambar : Instagram @krueger_patrick @eatmaiyass @rossfromabove @mallorca_beachlove @liindmaan

 

Pisces – Mallorca, Spain

Pisces adalah seorang yang romantis, kreatif, artistik, peminat muzik dan mesra secara luarannya, tetapi ramai yang tidak tahu mereka jauh lebih kompleks dari itu. Mereka suka berinteraksi dengan dunia tetapi dalam masa sama mereka akan merasa ia suatu gangguan bagi diri mereka. Pisces sering mencari yang terbaik dalam diri semua orang di sekelilingnya sehingga merugikan diri sendiri. Tetapi mereka adalah zodiak paling mudah diterima orang dan non-judgmental. Mallorca mencerminkan keperibadian seorang Pisces kerana mempunyai sejarah, kesusasteraan, seni dan muzik. Pulau ini popular untuk sukan air, taman air dan untuk bersantai, tetapi ia juga destinasi yang popular untuk majlis perkahwinan romantis. Pantai adalah tarikan utama di sini dan Pisces akan merasa bahagia jika bercuti ke pulau ini. Terdapat juga tempat membeli-belah di Palma, perkebunan anggur yang indah dan beach club, menjadikan pulau ini taman permainan Pisces.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE