SEARCH

3 Barista Mesin Kopi Menarik Untuk Diletakkan Di Rumah

3 Barista Mesin Kopi Menarik Untuk Diletakkan Di Rumah

Ada individu wajib minum segelas kopi di pagi hari, jika tidak kepala mereka akan pening. Ada pula sekadar mengikut trend dan ada juga hanya lebih bergaya memegang cawan kopi kertas sambil berjalan menaiki tren ke tempat kerja. Macam-macam perangai bukan? Bagi penggemar tegar kopi dan ingin berjimat, kamu wajib membeli ‘barista’ mesin kopi yang memudahkan kamu di rumah. Tak perlu membancuh dan berkecah di dapur, tunggu dan siap untuk diminum. Saya sarankan 3 barista mesin kopi terbaik bulan ini. 

mesin kopi

Nespresso Essenza Mini

Nespresso mencipta mesin kopi paling kompak. Menawarkan dua saiz cawan yang boleh diprogramkan, mesin Essenza Mini menghasilkan kopi yang sempurna seperti yang kamu suka. Pilih daripada dua bentuk kontemporari yang tersendiri dan empat warna agar sesuai dengan gaya dan ruang kamu. RM599.

mesin kopi

Nespresso Inissia Ruby Red

Masih dalam kelompok harga yang sama seperti Essenza Mini iaitu RM599, kecil, padat, ringan dan dilengkapi dengan pemegang ergonomik. Mesin kopi Inissia sempurna untuk diletakkan di mana sahaja walaupun di dalam pejabat peribadi. Hanya dalam satu sentuhan dan 25 saat, air mencapai suhu ideal untuk membuat hingga 9 Grands Crus tanpa perlu mengisi semula tangki 0.7L. Mesin ini mempunyai dua saiz cawan, espresso dan lungo, dan secara automatik ditutup selepas 9 minit.

mesin kopi

Philips Saeco PicoBaristo 

Direka buat pencinta kopi yang arif, rangkaian mesin espresso automatik penuh ini memperkenalkan mesin khusus gred profesional buat kediaman. Hasilnya adalah pengalaman kopi yang berkualiti tinggi hanya dengan proses mudah, lalu menawarkan pengalaman biji-kopi-ke-cawan dengan cepat, senang dan segar kepada pengguna. Jika jenama di atas lebih kepada kapsul instant, Philips lebih gemar memproses kopi daripada biji dan terus ke cawan menjadi air yang sedap bila dihirup. Philips Saeco PicoBaristo berharga RM5,999.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE