SEARCH

4 ALASAN LELAKI MUDA TAGIH KASIH WANITA BERUSIA

4 ALASAN LELAKI MUDA TAGIH KASIH WANITA BERUSIA
Dustin Huffman bersama Ann Bancroft dalam satira kepincangan seks dan perhubungan, The Graduate.
Dustin Huffman bersama Ann Bancroft dalam satira kepincangan seks dan perhubungan, The Graduate.

The Graduate (1967) filem arahan pengarah prolifik Mike Nichols menjadi antara naskhah terawal Hollywood yang mengemukakan isu cougar dalam filem. Dilakonkan Dustin Huffman dan Anne Bancroft, filem ini membawa isu kepincangan dalam institusi kekeluargaan.

Wanita berusia menggoda lelaki lebih muda dan begitu juga sebaliknya hanya untuk kepuasan peribadi yang ketandusan kasih dan sayang. Namun isu wanita tua mencari lelaki muda hari ini bukanlah sesuatu yang asing tambahan pula dalam society atasan yang mana kemewahan menjadi taruhan untuk satu perhubungan yang kabur.

Dalam satu laporan media antarabangsa menyatakan satu pertiga daripada lelaki dalam lingkungan usia 26 sehingga 35 tahun mendambakan kasih sayang wanita berusia lebih daripada wang ringgit dan kemewahan yang ditawarkan.

Beberapa kajian dan pemerhatian rawak dilakukan di beberapa negara mendapati, lelaki muda hari ini lebih senang berdamping dengan wanita berusia atas faktor kematangan dan pengalaman dalam menjalani perhubungan.

Wanita berusia dikatakan lebih yakin, berani dan indipenden. Ciri-ciri ini menjadi alasan paling dominan semakin ramai lelaki hari ini menagih kasih sayang wanita lebih berusia daripada mereka.

Namun soalnya adakah perhubungan yang dijalin ini mampu bertahan lama? Jawapannya bergantung kepada kemahuan kedua-dua pasangan kerana tidak kira cara kita melihatnya, perhubungan antara wanita berusia dengan lelaki muda ini memiliki spektrum serupa seperti perhubungan cinta yang lain.

20_ans_d_ecart
Wanita berusia dikatakan lebih menarik, yakin dan independent. Klip filem IT Boy (2013)

TABOO IS EXCITEMENT
Tidak dinafikan kebanyakan wanita berusia ini sudah berkahwin, memiliki keluarga dan kesenangan. Namun adakah mereka bahagia? Itu hal subjektif dan jika mereka bahagia mengapa kasih lelaki muda ini masih mampu menarik perhatian mereka? Ya, kerana taboo is excitement. Semua mahu mencuba sesuatu di luar norma dan merasai satu pengalaman lebih berisiko tetapi mengujakan.

WANITA BERUSIA LEBIH CLASSY
Kebanyakan wanita berusia ini sudah pastinya mengalami fasa berbeza dalam kehidupan yang menjadikan mereka lebih berhati-hati, selektif dan bijak dalam percaturan. Wanita berusia mahu sentiasa dipandang tinggi dan dihormati jadi pembawakan diri mereka sebagai seorang wanita lebih menarik perhatian lelaki muda. Mereka lebih classy, bijak dan seksi tanpa perlu terlalu mencuba.

LEBIH TERBUKA DAN MENCABAR
Dalam satu laporan TIME yang mengupas isu cougar menulis, wanita berusia lebih sukakan cabaran berbeza dalam perhubungan dan berani mencuba sesuatu yang lebih berisiko dalam mencapai klimaks perhubungan berbanding wanita muda yang masih takut dan tidak yakin dengan diri sendiri.

WANITA BERUSIA LEBIH COOL DALAM PERHUBUNGAN
Mereka lebih bijak menghargai sesebuah perhubungan. Lelaki tidak suka dikongkong. Itu fakta yang semua tidak mampu nafikan dan wanita berusia tahu bila mereka perlu membebaskan lelaki muda ini dan menarik mereka datang kembali tanpa perlu dicari atau dipaksa.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE