SEARCH

4 Tempat 5 Rasa: Rangkaian Hotel Hilton Cetus Idea ‘Nak Makan Di Mana’ Pada Hujung Minggu?

4 Tempat 5 Rasa: Rangkaian Hotel Hilton Cetus Idea ‘Nak Makan Di Mana’ Pada Hujung Minggu?

Di syurga makanan seperti Malaysia, kita tidak ada masalah dengan pilihan dalam hal makanan. Tak ada perkara yang lebih baik daripada hidangan yang ‘dilambakkan’ di depan mata anda pada hujung minggu! Kejar promosi promosi hujung minggu di rangkaian Hotel Hilton seluruh negara! Ringkasnya, dapatkan makanan yang menurut selera kamu di 4 tempat 5 rasa di salah satu restoran ini dengan Hilton di bawah;

Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Johor Bahru – Weekend Hi Tea Buffet

Puaskan keinginan makanan tengah hari dengan tawaran Weekend High Tea Buffet di Makan Kitchen. Nikmati kesegaran makanan tempatan dengan twist Oriental seperti hidangan high tea klasik dengan hidangan seperti teppanyaki counter, dua stesen burrito dan hidangan termasuk kambing murtabak, mee rebus dan sate. Bawa anak-anak bersama, mereka boleh makan percuma dan menikmati bufet mini khas dan sudut bermain kanak-kanak!

12:30 tengah hari – 3:00 petang | Sabtu & Ahad
RM68 nett per kepala (dewasa) | Kanak-kanak (Percuma)
Untuk tempahan, hubungi di talian +60 7 268 6868 atau e-mel di [email protected]

Urban Kitchen, Hilton Kota Kinabalu – Longest Weekend High-Tea Buffet

Hujung minggu kamu tidak akan sama lagi dengan bufet high tea di Urban Kitchen. Raikan petang kamu dengan makanan lazat kegemaran tempatan dan nantikan hidangan signature di sini termasuk Satay, Assam Pedas, Rendang Kerabu dan banyak lagi, dengan tambahan baru ke menu setiap hujung minggu.

Bukan itu saja, anak-anak ada seksyen bufet mereka sendiri dan hiburan akhir bulan ialah persembahan daripada badut.
Setiap hari Sabtu & Ahad | 12:30 tengah hari – 4:30 petang
RM88 nett setiap dewasa | RM44 nett setiap kanak-kanak (6-12 tahun)
Untuk tempahan, hubungi Hilton di +608 8356 000 atau e-mel di alamat ini [email protected]

Urban Kitchen, Hilton Kota Kinabalu – Seafood Buffet

Terkenal sebagai salah satu negeri di Malaysia yang menawarkan pilihan makanan laut yang terbaik dan paling segar di negara ini. Urban Kitchen, tempat makan yang dibuka sepanjang hari di Hilton Kota Kinabalu, memperkenalkan pelbagai jenis ikan air masin dan moluska (siput) yang terdapat banyak di perairan Sabah.

Pemilihan makanan laut yang luas dimasak dengan rempah-rempah Asia yang kaya sambil mengekalkan selera Sabah. Nikmati pelbagai rasa yang disertai dengan sos buatan sendiri, sehingga sepuluh makanan laut yang terdiri daripada ketam lumpur, udang, kerang, dan banyak lagi untuk memuaskan keinginan selera kamu.

Setiap hari Jumaat & Sabtu | 6:30 petang – 10:30 malam
RM145 nett setiap dewasa | RM73 nett setiap kanak-kanak (6-12 tahun)
Potongan 25% untuk ahli Hilton Dining | Potongan 20% untuk pemegang kad rakan kongsi bank terpilih
Untuk tempahan, hubungi + 608 8356 000 atau e-mel [email protected]

Oro Cafe, Hilton Kuala Lumpur – Weekend Kids Treat

Sekiranya kamu mencari manisan bersama anak kamu, carilah ia di Oro Café Hilton Kuala Lumpur dan nikmati beberapa mangkuk ais krim sambil makan beberapa potong wafel dan pencuci mulut yang menyelerakan.

Sepanjang Oktober | RM30 nett untuk waffle | RM10 untuk lolipop
Untuk tempahan, hubungi +60 3 2264 2264 atau lawati life.hiltonkl.com

Paya Serai, Hilton Petaling Jaya – New Weekend Buffet Menu

Menyambut kehadiran kamu pabila melangkah masuk ke Paya Serai adalah katil ais yang penuh dengan makanan laut segar. Isi pinggan kamu dengan makanan laut segar di atas ais seperti udang, kepiting, kupang dan kerang-kerang lain untuk kamu ‘pancing’ setiap hari Jumaat! Bersantai pada makan malam bufet BBQ mewah dan menikmati kegemaran BBQ yang enak. Duduk dan dihidangkan panas terus ke meja dari panggangan, memberikan aroma BBQ pada hari Sabtu.

Setiap hari Jumaat – Fresh from Wet Market | Setiap hari Sabtu – Get Grilled
RM132 nett setiap dewasa | RM76 nett setiap anak | | Standard Hilton APAC dan diskaun bank rakan kongsi.

Untuk tempahan, hubungi +60 3 7955 9122 atau lawati www.zestpj.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE