SEARCH

5 Petanda Kamu Berada Dalam “Healthy Relationship”

5 Petanda Kamu Berada Dalam “Healthy Relationship”

Satu perkara yang sering kita lupa dalam bercinta adalah kematangan. Tapi apa itu kematangan dalam perhubungan? Senang saja, pabila anda tahu cara mengatasi situasi dan tiada keraguan terhadap pasangan.

Memang it’s easier said that done namun percayalah setelah kamu lalui sendiri segala fasa dalam perhubungan, lima magis percintaan yang kami senaraikan ini pasti akan menjadikan kamu bukan sahaja pasangan yang matang dalam pergubungan tetapi juga dalam semua aspek kehidupan.

MASA UNTUK DIRI SENDIRI
Fasa awal bercinta memanglah kalau boleh 24/7 asyik nak bersama tapi lama-lama bosan kan? Sudahnya masing-masing pabila jumpa tengok phone sahaja jawabnya. Sebaiknya never loose yourself sebelum kamu bertemu dengan pasangan. Pastikan kamu lakukan apa yang biasa kamu lakukan dan pada masa yang sama isi dengan perhubungan yang dijalin. Setidaknya pabila berjumpa nanti ada benda nak dijadikan bahan bual.

MUDAH MEMAAFKAN
Ini petanda paling dominan pabila kamu berada dalam healthy relationship. Mudah memaafkan dan menerima penjelasan yang diberikan dengan hati terbuka. Kuncinya mudah, jujur pada diri dan jujur pada pasangan, semua boleh dilalui dengan kematangan.

REALISTIK
Kalau jam sudah dua pagi tapi kamu masih mengharap si dia reply kiriman What’s App tu maknanya kamu masih belum matang secara peribadi. Perhubungan yang sihat tidak membebankan fikiran dan perasaan tetapi sentiasa dipandu logik akal dan kewarasan.

LEBIH BAIK SETIAP HARI
Pernah tak rasa bangun di satu pagi yang sangat segar, sangat menyenangkan dan sangat gembira? Kerana apa? Kerana tiada lagi kerisauan dalam diri. Pasangan yang tepat adalah mereka yang mampu membuat kamu menjadi individu yang baik setiap hari.

KENALI PASANGAN DENGAN MENGENAL KELUARGA MEREKA
Jangan abaikan hal ini. Ramai daripada kita hari ini tidak berminat untuk mengenal lebih dekat keluarga pasangan. Tapi percayalah dengan melihat keluarga pasangan kamu dan memahami gaya hidup mereka akan memberi visual lebih jelas untuk tackle hati pasangan kamu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE