SEARCH

Semuanya Demi Instagram: 5 Trik Bergambar Berlatarkan Bunga-bunga Liar Di Australia Barat

Semuanya Demi Instagram:  5 Trik Bergambar Berlatarkan Bunga-bunga Liar Di Australia Barat

Berlibur di pulau – checked, tengah bandar moden – checked, bagaimana pula di padang pasir, atas gunung, dalam gua, mungkin tidak seperti kebiasaan tempat kita memilih lokasi untuk berlibur. Namun, ada satu yang mungkin kita boleh capai terlebih dahulu sebelum ke tempat lebih ekstrem, iaitu tempat bunga-bunga liar di Australia Barat. Ini adalah peluang menjelajah ke ‘karpet’ yang bervariasi warnanya. Di samping itu tempat-tempat ini amatlah sesuai dan berbaloi untuk konten Instagram kamu. Saya ajarkan 5 trik bergambar untuik jadikan Instagram kamu berbaloi untuk disukai.

Saya gemarkan gambar individu bersama pemandangan jika keluar negara. Kenangan itulah baru nampak di mana lokasi yang kamu pergi selain dapat mengabadikan diri di tempat itu. Manalah tahu ia tidak lagi wujud di kemudian hari. Dikhabarkan musim bunga liar mekar. Di Barat Australia adalah yang terbaik, saya ‘bawakan’ kalian ke lima lokasi sambil memberi tip trik sudut kamera untuk menampakkan lagi keindahan musim bunga liar di sana;


1. Lebihkan Bunga

Jika ke Pilbara Region, Barat Laut, Australia Barat, kamu akan dapati bunga-bungaan di situ agak kecil walaupun ia semarak dengan warna ungu dan kemerahan. Bunga jenis Fluffy Mulla Mulla, Sturt’s Desert Pea dan Ashburton Pea cukup unik. Sebab itu sudut pandang kamera haruslah sama tinggi dengan kumpulan bunga sambil menfokuskan kamu sebagai subjek walau berdiri jauh di hujung. Teknik ini memberi netizen peluang melihat sendiri keajaiban bentuk bunga unik tadi.


2. Panorama

Seperti penglihatan kita, foto panorama dapat memberikan gambaran jelas 180 darjah di tempat itu. Subjek harus melihat ke pemandangan sambil kamera menjadi saksi dengan apa yang kamu lihat itu. Teknik pose daripada belakang badan tidak pernah silap untuk menyampaikan mesej seperti kamu sedang menikmati persekitaran. Lokasi di Gascoyne-Murchison, Golden Outback.

3. Tegaskan Keunikan

Kadang kala berilah rehat pada diri sendiri untuk muncul di jalur masa Instagram. Berilah peluang ini untuk highlight keajaiban unik seperti pokok jenis Acacia yang berada di Pilbara yang dikelilingi oleh Lavender ini menjadi kesukaan pengikut Instagram kamu. Triknya ringkas, biarlah subjek itu tegas, satu tanpa halangan banyak subjek lain. Jika kamera kamu dapat merakam saat lebah atau rama-rama hinggap di bunga lebih menarik.


4. Menyelam Bersama Bunga Liar
Jika di sebuaha kawasan seperti padang lalang dengan bunga-bungaan cerah, aa memberikan kamu peluang untuk turut menyerlah. Antara kamu dan bunga memerlukan antara satu dengan yang lain. Kamera pula seperti sedang memerhatikan dua keindahan yang berjaya diambil. Ningaloo Coast World, Coral Coast tempatnya lebih banyak kawasan berwarna kuning dan cokelat, jadi pakai pakaian yang kontra warnanya.


5. Bird’s Eye

Jika punya drone tentunya lebih luas pemandangan kita. Gambar pula pasti nampak lebih menarik kerana dari sudut mata burung, segala yang berada di bawah lebih nyata malah dapat mengenalpasti struktur permukaan bumi di bawah.

Saranan Kamera Telefon Pintar Terbaik Untuk Gambar Percutian
Oppo Reno Series

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE