SEARCH

6 Inci Dan Ke atas Lebih Puas

6 Inci Dan Ke atas Lebih Puas

Orang putih kata ‘go big or go home’ untuk telefon pintar kamu. Jadi saya cari telefon pintar terbaharu yang berukuran 6 inci dan ke atas, sama ada kamu suka menonton video, bermain game atau hanya teks dengan kesilapan yang minima, telefon skrin besar menawarkan banyak manfaat. Peranti ini saya panggil phablet, juga cenderung untuk diterjemahkan sebagai peranti hayat bateri yang lebih lama.

Gambar: Tom’s Guide


Peranti dengan skrin besar terbaharu adalah Apple dengan keluasan skin 6.5 inci pada iPhone 11 Pro Max tetapi untuk harga lebih murah ialah pada model telefon pintar OnePlus 7T. Walaubagaimanapun, saya saksikan Samsung bagai tidak senang duduk lalu dikeluarkan skrin 6.4 inci pada Galaxy S10 Plus, 6.7 inci pada S10 5G dan Galaxy Note 10 Plus 6.8 inci.

Namun, untuk menutup mulut ramai pesaing, Samsung datangkan telefon pintar dengan saiz skrin paling besar setakat ini menerusi Samsung Galaxy Fold. Menariknya telefon dengan skrin boleh lipat ini boleh menjadi sebesar 7.3 inci apabila dibuka. Jika kamu menggemari skrin biasa, kamu dapat menggunakan juga pada skrin depan 4.6 inci apabila melipat telefon penuh maju ini.

Gambar: Samsung Malaysia
Gambar: Tom’s Guide

Spesifikasi Samsung Galaxy Fold
Storan: 512GB
RAM: 12GB
Skrin Paparan Utama: 7.3 inci (QXGA+)
Kamera Belakang: 12 Megapiksel (wide angle), 12 Megapiksel (telephoto), 16 Megapiksel (ultra wide)
Kamera Hadapan: 10 Megapiksel
Hayat Bateri: 4,380mAh
Warna: Hitam Cosmos dan Perak Angkasa
Harga: RM8,388

Gambar: Xiaomi Malaysia

Lain pula dengan Xiaomi Redmi Note 8 Pro, kerana ia hadir dengan saiz 6.3 inci berserta kamera 64 Megapiksel. Sesuatu yang menarik buat penggemar fotografi dalam kamera telefon pintar. Harganya juga tersangatlah berbaloi, ia dijual dengan harga bermula RM1,099 sahaja. Menggunakan pemproses dalaman terbaharu iaitu Media Tek Helio G90T.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE