SEARCH

6 Pesona Dial Disember Menghangatkan Lagi Hadiah Musim Perayaan Nanti

6 Pesona Dial Disember Menghangatkan Lagi Hadiah Musim Perayaan Nanti

Tidak banyak yang membuatkan lelaki gembira dengan hadiah selain daripada kereta, motosikal, gajet dan aksesori. Aksesori paling mudah dipetik dalam minda adalah jam tangan. Tentunya kemewahan jam tangan adalah dambaan seorang pria sama seperti wanita menggila dengan kasut. Berikut adalah 6 pesona dial yang mampu memberikan idea baik untuk dihadiahkan kepada sang pria.

1. Bell & Ross BR 03-92 Full Lum

Terhad untuk 250 utas, model ini berjaya menangkap mata dengan warna pastelnya. Dihadirkan dengan pergerakan caliber BR-CAL.302 dengan mekanikal automatik. Terdapat indikasi jam, minit, saat dan tarikh pada dial. Case pula berukuran 42mm diameter dengan hitam matte seramik. Ia kalis air sehingga 100 meter dan dial diterangi dengan superluminova pada nombor.

2. IWC Schaffhausen Blue Angels

Tahun ini IWC Schaffhausen menjadi pemegang lesen rasmi ‘Blue Angels’, pesawat demonstrasi tentera laut Amerika Syarikat. Sempena meraikan perlantikan itu, maka jam tangan edisi Kronograf dikeluarkan di atas lebel ‘Blue Angels’. Case dibuat dalam seramik hitam yang digilap dengan dial biru. Reka bentuk yang memaparkan dial pada cincin luar yang menunjukkan minit, diilhamkan oleh jam tangan tentera di zaman lampau.

3. Koleksi Garmin MARQ

Idola Malaysia inspirasi Garmin MARQ dan meraikan kejayaan bidang masing-masing dalam satu perkongsian pengalaman bersama media sambil memperkenalkan Garmin MARQ. Terdapat enam model MARQ iaitu Athlete, Adventure, Captain, Aviator, Driver dan Commander masing-masing sangat pro dalam cabaran yang dilakukan si pemakai. Lima panel terdiri daripada ikon Malaysia yang mahir dalam bidang masing-masing dijemput untuk berbahagi pengalaman yang terkait dengan jam tangan MARQ.

4. Longines Gold Equestrian Pocket Watch Edisi Terhad

Sejak Abad ke 19, Longines kekal menyokong dunia ekuestrian pada jamnya. Lapan jam poket istimewa edisi terhad yang masing-masing hanya mempunyai 20 unit seluruh dunia kini dijual kepada orang ramai. Setiap satu mempunyai ukiran bertema kuda dan ekuestrian. Daripada lambang ikonik sehingga ukiran 3 dimensi bersalut emas. Seperti pilihan saya ini The Longines Equestrian Pocket Watch Racing Horses 1911 yang menampilkan tiga kepala kuda seakan sedang berlumba, berderetan mengejar kejayaan.

5. Omega Speedmaster 38 mm

Speedmaster 38 mm daripada keluli tahan karat dan 18K emas kuning, dilengkapkan dengan nada hijau tua yang cantik. Reka bentuk bezel dwi dipisahkan dengan bulatan berlian dan skala tachymeter ikonik pada cincin aluminium hijau. Keanggunan kombinasi warna pada Speedmaster musim perayaan ini sungguh memukau, tanda keraian hari kebersamaan degan keluarga.

6. Piaget Altiplano Grand Feu

Tak sabar dengan kehadiran tahun tikus mengikut kalendar lunar, Piaget mengeluarkan jam tangan dengan enamel yang direka oleh Anita Porchet. Berdiameter 38mm dengan emas putih, jam tangan Swiss ini mempunyai 78 berlian. Terhad kepada 38 unit sahaja, jam tangan ini juga antara yang nipis yang disertakan sekali dengan kulit alligator hitam dengan buckle ardillon.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE