SEARCH

Hanya 60 Unit Model Terhad MINI Sempena Usia 60 Tahun

Hanya 60 Unit Model Terhad MINI Sempena Usia 60 Tahun

MINI yang genit dan telah menjadi ikonik di jalanan tempatan memperkenalkan MINI Edisi 60 Tahun untuk merangkap sejarah pengeluar kenderaan ini selama enam dekad yang berintikan rekaan ikonik serta aspek pemanduan ala go-kart yang sinonim dengan jenama tersebut.

Terhad dalam bilangan 60 unit sahaja di Malaysia, MINI Edisi 60 Tahun model jentera yang unik didatangkan bersama ciri-ciri, reka bentuk dan inovasi yang eksklusif.

Ciri-ciri Istimewa 60 MINI

MINI Edisi 60 Tahun menampilkan Jalur Bonet, Projeksi Logo, Ambang Pintu, Stereng bermaterialkan kulit ‘Walknappa’, Ruang Lounge dalam material kulit berwarna ‘Dark Maroon’, Permukaan Interior, dan set roda aloi ringan 17” yang eksklusif dalam versi penggayaan ruji ‘60 Tahun’ dengan 2 tona bersama tayar ‘run-flat’. Tambahan lagi, lampu hadapan LED dan lampu kabus LED.

Kuasa MINI 60

Enjin MINI TwinPower Turbo empat silinder berkapasiti dua liter yang mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.7 saat. Lengkap dengan Transmisi DCT Steptronic Sports 7 kelajuan, MINI Edisi 60 Tahun dapat menjana 192 kk (kuasa kuda) dan puncak tork berjumlah 280 Nm. Model eksklusif ini juga berupaya untuk mencatat kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j, pada masa yang sama, ia mengguna pakai bahan api berjumlah 5.5 liter bagi setiap 100 km dengan emisi CO2 berjumlah 125 g/km.


Beli MINI Dengan Tawaran Hebat

Sempena sambutan Ulang Tahun MINI yang ke-60, pembeli MINI Edisi 60 Tahun bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2019 akan menikmati tawaran program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan. Tawaran perayaan ini memberikan pemilik had dalam bentuk 60 bulan atau 80,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu) untuk Servis Berjadual Percuma serta Waranti bertempoh 60 bulan Tanpa Had Perbatuan. Bagi pembelian yang dibuat selepas 31 Ogos 2019, MINI Edisi 60 Tahun berkenaan akan ditawarkan bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.

 

*Anggaran* harga jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) MINI Edisi 60 Tahun ialah RM 255,888.00

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE