SEARCH

8 Tabiat Untuk Jimat, Bebas Hutang Dan Hidup Sederhana

8 Tabiat Untuk Jimat, Bebas Hutang Dan Hidup Sederhana

Komitmen hidup hari ini melangkaui kemampuan kita sebenarnya. Ramai yang struggle dalam hidup hanya untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dan hidup selesa. Apa pilihan yang kita ada sebenarnya? Mudah sahaja, kuncinya adalah kesederhanaan tapi berapa ramai daripada kita mampu hidup dalam kesederhanaan?

Trend berbelanja lebih daripada keperluan ini biasa sebenarnya. Bukanlah kita tak tahu kita suka membazir tetapi kebanyakan kita masih lagi tidak sedar akan kesilapan ini. Mengapa? Sebab kita tahu setiap hujung bulan kita dapat gaji dan setiap kali dapat gaji kita boleh membeli lagi.

Cuba lihat dalam gerobok anda, berapa banyak baju yang dibeli tak dipakai dan puluhan tudung yang sama warna itu untuk apa ya? Kami mahu meraikan kesederhanaan bersama anda dan mari kita capai dengan tip-tip ini.

1- UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Siapa yang tidak mahu hidup mewah dan senang bukan? Material sering mengelabui mata kita untuk sentiasa berlebih-lebihan dalam berbelanja. Lebih molek rasanya berbelanja sekadar yang mampu dan tak mengapalah rasanya kalau raya tahun ini tak dapat pakai koleksi Rizalman sebab akhirnya mereput juga baju tu.

2 – KALAU TAK MAMPU? SIMPAN DAHULU!
Mudah sahaja sebenarnya, kalau ada keinginan tinggi kenalah ada usaha yang tinggi juga untuk mampu memiliki. Jangan terlalu mengikut keinginan diri. Bukan apa, hujung cerita sendiri yang susah.

3- BEBAS HUTANG BERPERINGKAT
Bil yang pasti semua kita kena tanggung adalah kereta, rumah, bil telefon, internet dan Astro umpamanya harus dilangsaikan terlebih dahulu sebelum fikir mahu berbelanja setiap kali dapat gaji tu ya. Nanti dah sakan berbelanja baru ingat nak bayar bil, sudahnya tepuk dahilah  jawabnya.

4- TIADA LAGI ONLINE SHOPPING!
Yang ini paling bahaya. Dalam satu kajian, wanita Malaysia menghabiskan masa lebih 12 jam sehari hanya untuk cuci mata di kedai-kedai Instagram atau laman web yang menjual barang-barang mekap juga pakaian.

5- LANGSAI HUTANG FAEDAH TINGGI
Dahulukan semua hutang dengan faedah tinggi terutamanya kad kredit. Ini kerana faedah setiap kad kredit setidaknya mencecah sehingga 15 peratus berbanding faedah pembayaran kereta sekitar 3 – 5 peratus sahaja. Faedah yang tinggi jika ditangguh pembayarannya pastilah akan membebankan bukan? Jadi utamakan terlebih dahulu pembayaran dengan faedah tinggi dan bayarlah on time jika tidak mahu terus terbeban.

6- SIMPAN BERAPA BANYAK?
Berapa banyak daripada anda yang betul-betul punya simpanan sendiri (selain pelaburan dan KWSP) hasil daripada duit gaji? Dan berapa banyak yang sebaiknya diasingkan daripada duit gaji kita sebagai simpanan? Dalam satu laporan FORBES menyatakan setidaknya 20 peratus daripada gaji kita harus diketepikan terlebih dahulu sebagai simpanan rainy days.

7- BONUS TAHUNAN
Okey ini salah satu kesilapan yang saya sendiri lalui. Duit bonus dihabiskan begitu sahaja yang hujungnya diri sendiri fikir balik, “Apa aku buat dengan duit bonus aku sebenarnya ya?” Minta perhatian, jika anda masih punya peluang menikmati bonus daripada majikan anda bekerja hari ini adalah lebih baik laburkan sedikit daripada duit bonus yang ada itu untuk simpanan masa depan dan jangan dihabiskan tidak menentu.

8- ELAK PAKAI KAD KREDIT
Ramai orang cakap pakai kad kredit untuk rainy days, pabila dah tengah bulan tak ada duit boleh buat isi minyak pergi kerja. Ye ke? Bukan awak asyik swipe kad kredit tu dekat H&M ke? Semua tu mitos sahaja! Kalau dah tahu diri tu semedangnya RAINY DAYS, adalah lagi baik menabung daripada pakai kad kredit tu dan belajarlah berjimat.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE