SEARCH

88 Armenian – Singgahsana Mewah Terbaru Di Jantung Bandar Warisan UNESCO Georgetown

88 Armenian – Singgahsana Mewah Terbaru Di Jantung Bandar Warisan UNESCO Georgetown

88 Armenian selaku hotel butik warisan mewah terbaharu di Bandar Warisan UNESCO Georgetown, Pulau Pinang. Berlokasi tepat di jantung Armenian Street atau Lebuh Armenia yang terkenal sibuk dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan harian, hotel tiga tingkat ini mencorak gaya anggun dan sofistikated, bertujuan bagi memikat tamu dengan karisma dan nostalgia.

88 Armenian menyediakan perkhidmatan angkut langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke pintu hotel

Sederhana namun mutakhir, bangunan hotel 88 Armenian ini masih mengekalkan nuansa Cina Selat di zaman kolonial British. Pada awalnya, bangunan ini pernah terbakar beberapa tahun lalu sebelum dibeli oleh rakyat tempatan dan mengubahnya menjadi sebuah galeri seni. Saat dipugar, ia menampilkan ciri-ciri primordialnya sebagai anggukan masa lalu dan peringatan tentang asal-usul bangunan itu.

Gerbang kayu gaya lama pun masih terjaga rapi. Nilai estetika senibina pintu kuno dari Tanah Besar China yang dikemaskan dengan kaligrafi Cina, menjadi penghias utama. Dinding bata tanah merah yang terbuka dan lantai kayu dan batu asal yang masih terlihat di beberapa bahagian hotel masih menjadi watak utama. Eleman kayu yang terbakar, dianyam untuk idea hiasan dalaman yang harmoni pada lantai sebagai penghormatan terhadap sejarah api yang pernah membakar dindingnya.

Elemen tembaga juga turut tersebar dalam berbagai cara di seluruh hotel sebagai penghargaan untuk sejarah Jalan Armenia yang dahulu terkenal sebagai Jalan Tukang Tembaga. Contoh hiasan tembaga yang dapat dilihat terletak pada sudut bar, ruang santapan, lampu-lampu tembaga Tom Dixon Etch dan kelengkapan mandi yang menggunakan warna tembaga sebagai warna utama.

Ruang beradu memberi fokus pada apa yang benar-benar penting dan dilengkapi dengan segala macam yang diperlukan tetamu moden. 88 Armenian adalah oasis kemewahan. Kamar-kamar ini menyediakan rangkaian perabot yang berkualiti dan pengalaman unik. Bantal dan katil yang lembut, kamu akan tenggelam asyik sepanjang malam.

Hotel Review 88 Armenian by STAIL.MY 1

88 Armenian sangat eksklusif. Dengan hanya enam kamar beradu (termasuk jenis suite), seluruh ruangan disimbahi rona palet lembut dan didominasi hiasan tembaga. Setiap kamar juga dilengkapi dengan panel sesentuh terintegrasi yang memungkinkan tamu mengawal penghawa dingin dan pencahayaan tanpa harus bangun meninggalkan kenyamanan tempat lena.

Tambah lagi, setiap kamar dilengkapi dengan TV UHD 49”, mesin kopi Nespresso, minibar, pembesar suara Bang & Olufsen dan iPad. Lemari pakaian berkonsep terbuka, mewujudkan gaya minimalis dan dihiasi sekali lagi dengan tembaga berkilat dan cermin dari lantai ke langit-langit.

Kamar mandi yang lapang dan terang dengan pencahayaan semula jadi, menggunakan bahan-bahan alami yang indah. Kamar mandi yang ditata mewah ini juga dilengkapi dengan batang mandian Gessi, tub mandi batu alam yang menenangkan dan meja rias batu marmar yang berganda cantik dan hiasan-hiasan tembaga yang elegan. Kelengkapan sanitasi oleh Gessi, intisari kemewahan Itali yang menjamin pengalaman bersiram yang benar-benar memanjakan.

Tetamu juga senang menemukan cermin rias bulat lengkap dengan gegelung cahaya yang menyala apabila disentuh. Ia dilengkapi sensor dalaman yang mengesan sebarang pergerakan. Paling menarik, 88 Armenian juga menyediakan perlengkapan mandian dan wajah dari Aesop untuk memberi pengalaman yang benar-benar mewah.

Hotel Review 88 Armenian by STAIL.MY 2

Hotel Review 88 Armenian by STAIL.MY 3

Hotel Review 88 Armenian by STAIL.MY 4

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE