Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 444
Kenali 9 Jenis Ciuman & Maksudnya Agar Kamu Tidak Mudah Perasan Dicintai! | STAIL.MY
SEARCH

Kenali 9 Jenis Ciuman & Maksudnya Agar Kamu Tidak Mudah Perasan Dicintai!

Kenali 9 Jenis Ciuman & Maksudnya Agar Kamu Tidak Mudah Perasan Dicintai!

Apa maksud jika orang yang kamu suka (crush) memberikan pelukan pada kamu, menggeserkan pipinya dengan pipi kamu dan memberikan ciuman udara ke arah kamu? Adakah mereka menyimpan perasaan romantis atau dia berdarah Perancis yang terkenal dengan sifat romantiknya? Ciuman yang berlainan boleh membawa maksud yang berbeza bergantung pada konteks contohnya mencium anak buah di pipi sangat berbeza daripada mencium pasangan kamu di pipi. Get it? Di bawah ini saya jelaskan 9 jenis ciuman yang boleh kamu rujuk.

Jika kamu inginkan kepastian sama ada ciuman udara itu bersifat platonik atau romantis, saya sukar memberitahu keadaan sebenar. Ia semua bergantung kepada situasi dan orang yang terlibat. Tetapi saya boleh membantu menjelaskan pelbagai jenis ciuman yang ada.

Ciuman yang hebat adalah sebahagian daripada pengetahuan, sikap, dan kemahiran. Tidak ada definisi universal tentang ciuman yang hebat, jadi belajar bagaimana mencium dengan baik adalah sebuah permainan ‘nyata dan buktikan’.” Eric Marlowe Garrison, seorang ahli seks dan klinikal yang disahkan AASECT.

1. Ciuman Udara

Ciuman udara atau air kissing adalah apabila kamu meletakkan wajah dekat dengan orang lain dan membuat bentuk ciuman atau bunyi dengan mulut kamu, tanpa menyentuh kulit mereka ke bibir kamu. Dalam sesetengah budaya, ini adalah perkara biasa untuk dipraktikkan semasa menyambut seseorang yang rapat, sama ada pasangan romantik, kawan platon, atau ahli keluarga. Menurut Conde Nast Traveller, ucapan ciuman udara biasa di kebanyakan negara Eropah dan Amerika Latin, serta di Filipina dan beberapa negara Timur Tengah (walaupun biasanya hanya untuk kawan atau saudara lelaki yang sama jantina). Usah pelik jika ke negara Arab dan melihat adat ini, bukan beerti mereka songsang.

2. Meniup Ciuman

Apabila meniup ciuman, kamu menyentuh hujung jari kamu ke bibir dan berpura-pura meniup ciuman pada seseorang. Ia mungkin isyarat yang sangat mengoda, menggembirakan, atau hanya satu cara platonik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan atau ahli keluarga. Ingat, jangan mudah perasan!

3. Ciuman dahi

Ciuman di dahi adalah tanda kasih sayang. Ia boleh menjadi romantis, apabila diberikan oleh insanyang penting, tetapi ia juga ciuman biasa antara ahli keluarga atau rakan-rakan.

4. Ciuman pipi

Seperti ciuman dahi, ciuman pipi adalah tanda kasih sayang yang boleh dikongsi antara orang yang tersayang antaranya rakan romantis, kawan, atau ahli keluarga. Di pipi juga boleh memberitahu bau badan kamu. Daripada situ boleh dipastikan antara kamu digemari atau digeli dan disuruh mandi sebelum melakukan hubungan intim.

5. Ciuman Di Bibir

Sesetengah sesi kelamin bermula dengan ciuman di bibir, kemudian mencium lebih lama, French Kiss, dan mungkin beberapa orang gemar mencium di leher. Tetapi ciuman dengan mulut tertutup di bibir juga boleh menjadi cara untuk rakan dan ahli keluarga menunjukkan kasih sayang. Jelas bezanya bukan?

6. French Kiss

French Kiss adalah istilah untuk mencium dengan lidah. Di Perancis, ia dipanggil baiser amoureux (“ciuman kekasih”) atau baiser avec la langue (“ciuman dengan lidah”). Seperti yang dinyatakan oleh istilah Perancis, ciuman ini mempunyai konotasi seksual. Bermaksud kamu tidak akan membuat French kiss dengan sahabat platonik (namun kamu akan melakukannya dengan seorang “friend with benefits”). Tapi hati-hati, tidak semua French kiss daripada rakan sekelamin boleh berakhir dengan cinta. Jangan mudah terpedaya, kemungkinan dia nak sedap-sedap saja.

7. Ciuman Di Leher

Leher adalah kawasan yang sensitif bagi sesetengah individu, dan ramai orang mendapati bahawa mereka akan turn on jika pasangan mereka mencium di leher. Terutamanya sekali di bahagian belakang leher atau di tepi leher. Ciuman jenis ini sering menjadi sebahagian daripada sesi make-out, digabungkan dengan ciuman dan French kiss tadi.

8. Ciuman Di Telinga

Seperti mencium leher, sesetengah orang mendapati ciuman telinga juga untuk membuatkan pasangan kita turn-on, terutamanya pada kawasan lobus (cuping telinga). Ada juga gemar dijilat telinganya. Tambah jenis ciuman ini ke repertoir make-out kamu, jika kamu dan pasangan sukakannya.

9. Ciuman Di Tangan

Dalam ciuman tangan, kamu mengangkat tangan seseorang ke mulut kamu dan mencium belakang tapak tangan atau belakang jari mereka. Ciuman jenis ini secara tradisinya di Malaysia ia melambangkan sikap hormat, terutamanya daripada anak kepada orang dewasa, walaupun ia juga boleh digunakan untuk menyatakan kasih sayang antara sahabat, rakan atau kakak dan abang angkat.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE