SEARCH

Corat-Coret Acara Jam Tangan Minggu Lalu: Keistimewaan Peristiwa Dijadikan Tema Utama

Corat-Coret Acara Jam Tangan Minggu Lalu: Keistimewaan Peristiwa Dijadikan Tema Utama

Beberapa acara jam tangan terkemuka telah saya hadiri minggu lalu untuk melihat sendiri koleksi terkini yang dikedepankan tahun ini. Rumusannya, hampir semua koleksi mewah dan mempunyai isi yang padat pada paparan dial. Bukan komplikasi, tetapi sarat dengan pelbagai fungsi, hal ini juga menjadi trend pengumpul jam tangan berjenama. Mari kita lihat corat-coret acara jam tangan yang berjaya menangkap mata saya.

acara jam tangan

acara jam tangan

acara jam tanganZenith Dengan Usia Emas El Primero

Model pertama kronograf El Primero berfrekuensi tinggi telah diperkenalkan sejak 1969 (50 tahun). Model baharu El Primero menggabungkan elemen futuristik melalui case titanium 44mm dengan evolusi pergerakan mekanikalnya. Ia turut dikuasakan dengan 360,000 getaran per jam. Setiap model dikeluarkan hanya 50 utas edisi terhad. Chronomaster 2 El Primero dan Defy El Primero Double Tourbillon adalah paling menangkap mata saya.

acara jam tangan

acara jam tangan

acara jam tangan

acara jam tangan

Omega Bawakan Orang Bulan Emas Ke Pavilion KL

Juga tentang 50 tahun, Omega meraikan ulang tahun ke 50 manusia pertama ke bulan dengan koleksi yang turut mengekori mereka. Bertempat di pintu masuk Pavilion KL, pameran istimewa ‘manusia bulan’ yang disadur emas menandakan usia emas 50 tahun mendapat perhatian ramai pengunjung dalam dan luar negara. Apollo 11 mission yang ikonik ditemani oleh Omega Speedmaster Professional Kronograf. Terdapat juga dua bilik yang menempatkan ruang swafoto dan bilik yang menempatkan koleksi jam baharu ini.

acara jam tangan

acara jam tangan

acara jam tangan

 

Seiko Buka Cawangan Baharu Di Mid Valley Magamall KL

Penggemar jenama asal Jepun, Seiko dapat melihat sendiri koleksi-koleksi hangat di butik baharunya di Mid Valley Megamall. Grand Seiko dan Credor, crème de la crème di dalam dunia seni pembuatan jam atau horologi. Acara tersebut, menyaksikan karya agung Credor diperkenalkan secara rasmi buat pertama kali di Malaysia, turut memaparkan jam-jam tangan edisi terhad ikonik di pameran bergerak Seiko dan Grand Seiko bersempena dengan pembukaan rasmi butik Seiko oleh AWG Fine Watches. Turut diterbangkan sempena acara pembukaan tersebut, Ikukiyo Komatsu, Pakar Pertukangan Moden Seiko dari Jepun.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE