SEARCH

Kerusi Kereta Bayi & Gajet Fesyen Rizman Ruzaini Penuhkan Ruangan Berita Acara

Kerusi Kereta Bayi & Gajet Fesyen Rizman Ruzaini Penuhkan Ruangan Berita Acara

Dua berita acara minggu ini diisi dengan kelengkapan baharu buat bayi dengan pelancaran kerusi kereta bayi yang dilancarkan di Happi Kiddo dihadiri barisan ibu selebriti antaranya Whulandary Herman dan Hanis Zalikha. Terus, menghangatkan lagi Minggu Fesyen Kuala Lumpur minggu hadapan ialah jenama komputer riba HP Inc. mengumumkan kolaborasi dengan pereka fesyen, Rizman Ruzaini serta terdapat peraduan yang membolehkan pengguna memenangi gajet tersebut. Baca syarat-syaratnya di bawah.

Kerusi Kereta Bayi Daiichi Kini Lengkap Dengan Ciri Keselamatan

Memperkenalkan kerusi kereta kanak-kanak First Seven Plus baharu daripada Daiichi, ia menawarkan keselamatan dan fungsi tambahan termasuk perlindungan kesan sampingan empat kali ganda (Q-SIP), reka bentuk ‘Safe-Back’ yang ergonomik, empat posisi tempat duduk dalaman dan visor matahari.

Q-SIP adalah sistem tahan kejut yang berevolusi, menyediakan empat lapisan perlindungan yang melindungi bahagian kepala anak anda ketika perlanggaran berlaku. Satu lagi ciri utama dalam First Seven Plus adalah reka bentuk ‘Safe-Back’ yang dibangunkan dengan teliti untuk menyediakan reka bentuk ergonomik yang sangat baik untuk menyokong bahagian belakang badan dan boleh digunakan sepanjang tahap pertumbuhan kanak-kanak, terutama pada bahagian kepala, leher dan pinggang.

First Seven Plus juga dilengkapi dengan tempat duduk dalaman empat posisi boleh cabut yang menawarkan perlindungan kepada bahagian leher, tulang belakang dan sisi badan kanak-kanak. Kerusi dalaman direka agar boleh ditanggalkan untuk memenuhi perubahan struktur fizikal kanak-kanak ketika mereka membesar. Selain itu, kerusi keselamatan kanak-kanak ini kini mempunyai visor matahari yang boleh menghalang sinaran UV yang berbahaya sehingga 99.8%, sekaligus melindungi mata dan kulit kanak-kanak.

Mereka yang berminat untuk membeli barangan-barangan ini boleh mendapatkannya dari kedai Happi Kiddo di seluruh Malaysia atau melawat laman web Histopoint di laman sesawang ini.

HP, Rizman Ruzaini & KLFW 2019

HP Inc. hari ini mengumumkan satu usaha sama baharu sebagai pencetus ilham kepada industri seni reka fesyen di Malaysia. Kerjasama baharu ini untuk menyokong penglibatan HP sebagai rakan komputer riba rasmi di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2019 dan gandingan dengan pasangan pereka fesyen tempatan terkemuka, Rizman Ruzaini. Diilhamkan oleh PC kemasan kulit pertama dunia, iaitu HP Spectre Folio.
Usaha sama ini menjangkau sempadan fesyen dan teknologi, sekaligus memaparkan kerjasama jenama tempatan dan global untuk mencipta koleksi yang lain daripada yang lain, iaitu koleksi lelaki pertama daripada Rizman Ruzaini yang bakal diketengahkan di KLFW 2019.

Kami sentiasa mencari cara baharu untuk mempelopori inovasi dan kerjasama kami dengan HP membolehkan kami berbuat demikian. Mengambil inspirasi reka bentuk daripada HP Spectre Folio yang mengagumkan, kamu boleh menantikan sentuhan kulit, kemewahan dan keanggunan dalam koleksi busana kami yang akan datang,” Ruzaini Wan Jamil.

Inisiatif HP Malaysia untuk menyokong industri fesyen tempatan akan menjangkaui KLFW 2019. HP Malaysia dan KLFW juga akan menyediakan platform untuk membantu bakat tempatan baharu mengetengahkan karya mereka dan mencuri tumpuan di KLFW 2020.


Peluang untuk memenangi HP Spectre Folio di KLFW  2019

Sempena dengan Kuala Lumpur Fashion Week 2019, hadirin minggu fesyen dan pengguna yang mengunjungi reruai HP dari 21- 25 Ogos berpeluang memenangi 1 x HP Spectre Folio bernilai RM9,999.
1. Kunjungi kiosk HP di Pavilion
2. Ambil gambar berlatarkan dinding foto HP sambil memegang HP Spectre Folio dan paparkan gambar di media sosial (paparan mesti untuk tatapan umum)
3. Dalam keterangan gambar anda, beritahu kami 1 ciri kelebihan HP Spectre Folio yang menarik hati anda
4. Hashtag #StyleItWithLeather #HPMY #ThePCReinvted
5. Gambar paling kreatif dan bergaya yang diambil bersama HP Spectre Folio akan diumumkan sebagai pemenang di laman Facebook HP Malaysia.
*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE