SEARCH

Airbnb Live and Lepak Dekatkan Kita Dengan Budaya Tempatan

Airbnb Live and Lepak Dekatkan Kita Dengan Budaya Tempatan

Setelah mendalami budaya Thailand di Chiang Mai pada jelajah Airbnb Experiences pertengahan tahun lalu, minggu lalu saya berkesempatan ‘kembali ke akar umbi’ dengan mengenali budaya dan sedikit sejarah lokal pada acara Airbnb Live and Lepak di Hulu Langat. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan melalui Airbnb Experiences antaranya seperti merekabentuk dan mencipta corak batik, hinggalah menguji keberanian menakik turun air terjun di Janda Baik melalui 120 Pengalaman Airbnb yang terdapat di Malaysia.

Airbnb Live and Lepak

Live, Lebih Daripada Sekadar Lawatan Dan Permainan

Trend baharu yang semakin popular, bercuti di dalam negara dan menghayati kekayaan tanah air melalui aktiviti dan sejarah. Airbnb Experiences kembali menjadikan perjalanan sesuatu yang mempesonakan, baik untuk pengembara solo yang kental dan berani, mahupun ibu-ibu yang memikirkan keseronokan seisi keluarga. Pengalaman membawa pelancong untuk menyelami komuniti tempatan di seluruh dunia dengan menawarkan aktiviti luar biasa yang diatur dan dirancang serta diterajui oleh kumpulan profesional tempatan.

Airbnb Live and Lepak

Kenali Kampung Baru

Fuad, Hos Airbnb Experiences Keajaiban Kampung Baru, berkata, “Saya dapat membantu pelancong meneroka dalam cara yang asli dan menyelami diri mereka dalam kawasan dan budaya tempatan. Setiap tempat mempunyai banyak kisahnya, dan kamu hanya akan mengetahuinya jika kamu mengenali warga tempatan. Sebagai contoh, saya suka berkongsi bagaimana jalan-jalan di Kampung Baru sebenarnya dinamakan bersempena penduduk setempat yang menyumbang kepada kesejahteraan penduduk kampung.” Dia mengenakan bayaran RM96 untuk setiap sesi.

Airbnb Live and Lepak

Makanan & Minuman

Tidak perlu disangkal lagi. Salah satu kategori yang paling popular di Airbnb, dengan penduduk tempatan begitu bersemangat tentang makanan tempatan mereka dan jejak langkah yang membawa mereka ke destinasi menjamu selera seterusnya. Ada yang berminat belajar membuat Milo Dinosaur yang sihat? Tidak perlu runsing lagi, kamu boleh minum Milo Dinosaur setiap hari.

  1. Persatuan Pencinta Makanan
  2. Bersiar-siar Senja: Speakeasy + Chinatown
  3. Belajar Memasak Makanan Malaysia yang Sihat

Airbnb Live and Lepak

Seni & Reka Bentuk

Di peringkat global, 28% daripada lebih 15,000 Pengalaman yang ditawarkan di Airbnb ialah dalam bidang seni. Seni & Reka Bentuk satu cara untuk menyelami budaya tempatan dan bertemu individu yang bersemangat, yang bangga dengan warisan mereka, dan mencari pelbagai pembaharuan untuk mengekalkan tradisi tempatan.

  1. Terokai Keindahan Batik Malaysia
  2. Pengenalan kepada Gemologi
  3. MengadakanMajlis Minum Teh di Rumah Vintaj Tersembunyi
  4. Cerita Hantu Menyeramkan di bawah pokok

Airbnb Live and Lepak

Alam Sekitar & Aktiviti Luar

Kamu tidak perlu menjadi atlet untuk melakukan aktiviti ini. Terdapat pelbagai pengalaman yang tersedia, bergantung pada jumlah masa yang kamu miliki sepanjang hujung minggu, atau tahap kecergasan kamu, tetapi ada satu perkara yang boleh mereka janjikan kepada kamu, iaitu pemandangan!

  1. Lawatan Sehari Kembara Air Terjun + Batu Caves
  2. Menakik Turun Air Terjun di Janda Baik
  3. Lawatan Kampung Bahru yang Mempesonakan

Airbnb Live and Lepak

Impak Sosial

Penduduk tempatan juga menggunakan platform ini sebagai cara untuk menyumbang kembali kepada komuniti dengan menganjurkan Pengalaman Impak Sosial. Pengalaman Impak Sosial Airbnb memberi hos tempatan peluang untuk berkongsi lebih mendalam tentang tujuan yang mereka perjuangkan. Airbnb mengetepikan semua yuran dan 100% daripada dana yang dikumpulkan daripada tetamu disalurkan kepada organisasi amal yang dipilih oleh hos tempatan.

  1. Bengkel Tarian Tradisional Melayu
  2. Kenali Komuniti Pekak Malaysia

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pengalaman Airbnb, klik di sini

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE