SEARCH

Lebih Mewah, Kualiti Teratas Dengan Airbnb Plus

Lebih Mewah, Kualiti Teratas Dengan Airbnb Plus

Dengan lebih daripada dua juta tetamu tahun lepas ke Malaysia, Airbnb ingin membantu pelancong mencari penginapan yang lebih berkualiti dan unik berdasarkan cadangan yang dipercayai. Kuala Lumpur adalah bandar ketiga Airbnb di Asia Tenggara bagi melancarkan penginapan yang menarik dan disahkan dari segi kualiti.

Airbnb Plus pilihan kediaman dengan kualiti tertinggi yang ditawarkan oleh hos dengan ulasan terbaik. Setiap Airbnb Plus disahkan kualitinya oleh pihak ketiga, memberikan jaminan tambahan kepada tetamu mengenai kualiti penginapan mereka.

Airbnb Plus adalah penginapan baharu yang disahkan secara peribadi serta terjamin selesa dan kemudahan yang diharapkan oleh pengembara apabila mereka melancong. Selain itu, kami ingin mengiktiraf hos yang berusaha keras untuk menyediakan layanan yang luar biasa”. Mike Orgill, Pengurus Besar Airbnb di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan

Terletak di dalam kawasan kejiranan paling hangat di Kuala Lumpur, Airbnb Plus adalah untuk tetamu yang mencari penginapan yang unik, direka dengan baik dan menarik dengan hos yang memberi kerjasama terbaik. Hos-hos Airbnb Plus mendapat rating tinggi (4.8+ daripada 5) dan menerima ulasan yang cemerlang, memberikan keselesaan tambahan kepada tetamu. Penginapan Airbnb Plus diperiksa dan disahkan secara peribadi oleh pihak ketiga dengan perbandingan terhadap senarai semak 100+ mata yang merangkumi kebersihan, keselesaan dan reka bentuk. Hos Airbnb mendapat manfaat daripada penempatan tertinggi di aplikasi dan laman web Airbnb, perkhidmatan dalam penginapan, fotografi profesional dan sokongan pelanggan premium.

Airbnb sentiasa berusaha mengubah cara orang mengembara bagi membolehkan mereka tinggal di sesuatu tempat seperti penduduk tempatan. Dengan Airbnb Plus, Airbnb melangkah lebih jauh dengan menambahkan tahap penginapan baharu yang disahkan dari segi kualiti dan keselesaan.

Berikut ialah beberapa penyenaraian Airbnb Plus yang baru dilancarkan yang kamu boleh menginap di tengah Kuala Lumpur.

Loft Apartment with Views of Twin Towers, Kuala Lumpur, Airbnb

Airbnb Plus

Sleek Apartment in a High-rise with a Luxe Poolside Terrace

Airbnb Plus

Latitude Arty Studio Just Outside Kuala Lumpur

Premium Loft @Empire City Mall Damansara

#R1 The Robertson 4pax Suite S3805Airbnb Plus
Airbnb Plus

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE