SEARCH

Tutorial Berguna Aisha Liyana Di YouTube Membuatkan Dia Terkenal #InstagramerWeLove

Tutorial Berguna Aisha Liyana Di YouTube Membuatkan Dia Terkenal #InstagramerWeLove

Bertubuh genit dan memiliki suara persis personaliti TV, Aisha Liyana terkenal di platform YouTube. Dia salah seorang ‘beauty influencer’ yang juga gemar berkongsi cara-cara memakai tudung dan travelog di platform sama.

Saya tertarik untuk ketengahkan Aisha Liyana kali ini kerana mendapat tahu dia berjaya memiliki lebih 100 ribu subcribers di YouTube. Satu pencapaian yang cukup luar biasa dan betul-betul terpanggil mahu tahu apa yang dia ‘hidangkan’ kepada pengikutnya di laman itu.

aisha liyana

Saat pertama kali berjumpa dengannya, tiada seoles mekap di wajah Aisha. Dia berperwatakan seperti remaja biasa yang mudah mesra saat didekati. Namun, pabila tiba saat bermekap, ia bagai sudah menjadi makanannya. Dalam keretapi pun dia mampu menghasilkan seni di wajahnya.

Malah, ia seakan mentransformasikan Aisha kepada seseorang yang lebih dewasa dan berkarakter. Saya tanyakan beberapa soalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Aisha Liyana.

Social media handle

Instagram @aishaliyana
Twitter @aishaliyana
Youtube Aisha Liyana
https://youtu.be/Sl9k4mqoa0E

5 SOALAN KEPADA AISHA LIYANA
  1. Apa yang kamu sajikan kepada pengikut kamu?
    Saya suka kongsikan hal-hal berkaitan mekap dan segalanya tentang kecantikan.
  2. Dari mana datangnya minat & mengapa?
    Bermula minat daripada hobi. Saya suka menonton makeup tutorial orang dan terinspirasi daripada situ. Menarik lagi, saya gemar menjadi bahan eksperimen terhadap diri sendiri. Maka saya buat mekap di muka sendiri sahaja. Kepuasan hadir pabila dapat melihat hasil mekap pada satu-satu look yang saya cipta.

    aisha liyana
  3. Apakah risiko menjadi social media influencer?
    Tiada banyak perbezaan, saya masih seperti orang biasa tapi, biasalah lumrah hidup, pabila ramai yang suka, ramai jugalah yang benci dan dengki dengan kehidupan kita.
  4. Pernah hadapi tekanan disebabkan popular? Apa dan bagaimana kamu hindarinya?
    Saya baru setahun lebih dalam bidang ini dan setakat ini, alhamdulillah tak pernah rasa tertekan sebab “popular”.
aisha liyana
  1. Apa projek seterusnya selepas ini?
    Tiada projek besar jika mengikut perancangan tahun ini. Saya mahu fokus membuat video dengan lebih konsisten untuk disembangkan dalam YouTube channel saya.
  2. Kamu gunakan kamera apa untuk bergambar/ vlogging?
    Untuk ber vlogging saya gunakan Canon EOS m10z manakala gambar Instagram, selalunya saya gunakan telefon sahaja.
  3. Ada perancangan untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi?
    Sebenarnya ada. Tapi sudah 17 tahun belajar, sekarang saya mahu chill dahulu sebelum ambil komitmen lain seperti sambung belajar, kerja tetap atau kahwin.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE