SEARCH

Silento Bakal Perform Di Acara AmMetLife Electric Run Recharged Julai Nanti

Silento Bakal Perform Di Acara AmMetLife Electric Run Recharged Julai Nanti

Acara larian paling mengujakan kembali menyinari Kuala Lumpur Julai Ini untuk tahun ketiganya. AmMetLife Electric Run Recharged dibarisi artis terkenal tempatan dan antarabangsa seperti Sonaone, Cuurley, Amanda Avyanna, Blastique dan De Fam. Penyanyi Hip Hop antarabangsa, Silento yang terkenal dengan single debut “Watch Me” yang telah mencecah 1.3 bilion tontonan di YouTube dan dipilih top 3 dalam carta Billboard Hot 100 juga bakal merancakkan lagi larian dengan persembahan mantap pada konsert di akhir garisan penamat.

AmMetLife Electric Run Recharged

“Kami gembira melihat acara Electric Run ini berkembang dari segi penyertaan dan popular dalam tempoh 3 tahun ini. Kami di Livescape Group setia membawakan muzik terbaik dan tahun ini teruja kerana berjaya mendapatkan artis Hip Hop, Silento untuk sama-sama menjayakan malam kemuncak acara. Kami turut teruja kerana mendapat sokongan AmMetLife dan berharap acara ini menjadi larian terbesar and brightest Electric Run setakat ini.” Muhammad Iqbal, Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group.

Peserta AmMetLife Electric Run Recharged bakal Menerima…

Tahun ini peserta AmMetLife Electric Run akan menerima gelang PIX Mob edisi terhad selain kemeja-t rasmi acara, pingat dan race bib. Rasakan rentak daripada gelang berlampu sepanjang larian hingga ke zon penamat dan konsert. Larian turut disertai muzik di setiap kilometer. Setiap zon mewakili pelbagai tema warna dan muzik mengikut era muzik.

AmMetLife Electric Run Recarged akan menampilkan sembilan zon berbeza seperti;

– The Start Line
– Hip Hop *
– EDM *
– Sugarrush *
– Polyphonics *
– Stardust *
– Disco *
– Rainbow Road
– The Finish Line/ Celebration Stage
*zon baru

Lokasi AmMetLife Electric Run Recharged 2017 Lebih Mesra Keluarga

Buat kali pertama acara bakal diadakan di Anjung Floria, Precinct 4, Putrajaya. Putrajaya bakal bertukar menjadi taman tema neon untuk satu malam sahaja!

Harga Penyertaan

RM98              Seorang (Individual)
RM88.20         Seorang dalam satu grup (berempat)
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak perlu mendaftar dan tidak akan mendapat race pack. Harga tidak termasuk RM4 processing fee dan 6% GST.

Pendaftaran boleh dibuat via laman sesawang rasmi Electric Run atau ticketing partner Galactix. Segala infomasi lanjut boleh ke Facebook rasmi ElectricRunMalaysia

AmMetLife Electric Run Recharged
Antara tetamu yang hadir di majlis perasmian AmMetLife Electric Run Recharged di Blackbox Publika

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE