SEARCH

Pereka Grafik Ternama, Peter Saville Cipta Trofi Anugerah Porno Terbesar

Pereka Grafik Ternama, Peter Saville Cipta Trofi Anugerah Porno Terbesar

Keluar dari kepompong klise, anugerah porno terbesar Pornhub Awards tahun ini melantik pereka grafik terkenal asal British, Peter Saville untuk mencipta trofi anugerah tersebut berdasarkan bentuk hormon seks.

Saville ingin mereka trofi anugerah untuk laman web streaming video Pornhub yang meraikan seksualiti dengan cara yang sinis. Terlalu biasa dan tiada begitu gah jika trofi dibuat dengan rekaan klise seperti alat kelamin dan mainan seks jadi dia memilih untuk mencipta bentuk berdasarkan daya tarikan seksual dalam sains.

Cabaran kreatif adalah bagaimana untuk merekabentuk trofi meraikan seksualiti tanpa mengulangi perlambangan simbolisme erotica.” Pereka Grafik, Peter Saville.

“Saya teringat perbualan saya dengan Suze Randall beberapa tahun lalu mengenai pentingnya ‘kimia’ dalam adegan seks. Pemikiran itu menyebabkan saya lihat mendalam berkenaan tarikan erotik dalam sains,” tambah Saville.

Trofi berwarna oren menyerupai lambang Pornhub, dan dibentuk daripada pentagon dengan antena yang berliku-liku yang ditumpukkan di atas sebuah segi enam dan berkaki panjang. Bentuknya berasal dari kombinasi struktur molekul pelbagai hormon yang berkaitan dengan aktiviti seksual.

Bagaimanapun sebelum merangka rekaan terakhir Saville berkata pada permulaannya dia cuba mereka bentuk struktur molekul hormon seks utama termasuk estrogen dan testosterone juga beberapa bahan kimia lain seperti serotonin dan depomin. Asalkan bentuk trofi itu tidak terlalu jelas menyatakan ia adalah trofi lucah.

Buat siapa yang belum kenal dengan Saville, dia bertanggungjawab mereka bentuk pelbagai rekaan sampul album ikonik termasuk Joy Division’s 1979 untuk album Unknown Pleasures. Baru-baru ini dia bekerjasama dengan Riccardo Tisci untuk merekabentuk logo baru Burberry dan bekerja dengan Raf Simons untuk mengubah rekaan logo Calvin Klein.

Bagi peminat fesyen yang belum kenal Peter Saville, kini masa untuk kamu menelaah buku fesyen!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE