SEARCH

Apple Siri Speaker Pencabar Gajet Google Home & Amazon Echo Mungkin Bakal Dilancarkan Suku Akhir Tahun Ini

Apple Siri Speaker Pencabar Gajet Google Home & Amazon Echo Mungkin Bakal Dilancarkan Suku Akhir Tahun Ini

Apple Siri Speaker menjadi perdebatan hangat ahli gajet dunia. Apple bakal keluarkan gajet terbarunya tahun ini termasuk iPhone model terkini Oktober nanti, mungkin tidak akan diumumkan sehingga September. Yang pastinya satu pengumuman mengenai gajet-gajet bakal dibentangkan pada persidangan terbesar Worldwide Developer Conference, Jun nanti. Jika khabar angin ini benar, ia bakal melihat persaingan di antara jenama gajet popular selain Apple iaitu Amazon dan Google, dengan mempertaruhkan speaker Amazon Echo dan Google Home.

Amazon Alexa bertindak balas kepada pertanyaan melalui Echo, Google melalui Google Home dan tidak lama lagi Apple Siri mungkin mempunyai pembesar suaranya sendiri. Menurut beberapa ‘tukang tilik’ Apple meramalkan speaker ini akan dilengkapi dengan subwoofer dan tujuh tweeters, sejenis loud speaker, kualiti bunyi mengagumkan, Speaker Siri mampu dimuatkan ke dalam sistem Apple dan mengintegrasikan dengan semua produk iOS. Dari iPhone ke MacBook Pro kita. Jika desas-desus ini benar, Apple akan mengumumkan speaker ini pada awal Jun tapi belum lagi dijual sehingga lewat 2017. Bermakna, kita masih punya masa untuk mengumpul duit.

Adakah benar Apple akan keluarkan speaker hebat ini atau tidak? Dan bersaing bersama Google Home dan Amazon Echo? Persoalan sebenar bagaimanakah bentuk gajet Apple Siri yang bakal dikeluarkan. Adakah seperti prototaip di bawah? Adakah ia berbentuk lebih kecil seperti Echo Dot? Saya gemar bermain dengan teka-teki ini. Kita nantikan perkhabarannya.

Malangnya, soalan-soalan ini tidak mampu dijawab oleh Google Assistant, Alexa dan Siri lagi. Yang pastinya saya sangat teruja dengan gajet baru yang pasti bakal mengubah dunia kepada yang lebih maju dengan pertolongan maya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE