SEARCH

‘Truly’ Daripada Amouage Mencipta Aroma Mewah Rumah

‘Truly’ Daripada Amouage Mencipta Aroma Mewah Rumah

‘Truly’ adalah tambahan terbaharu rangkaian produk lilin dan semburan bilik “Midnight Flower Collection” (koleksi Mekar Malam). Dicipta oleh Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong pada 2013, koleksi Mekar Malam yang turut termasuk rangkaian ‘Hope’, ‘Love’, ‘Happy’, ‘Smile’, ‘Joy’, ‘Sassy’ dan ‘Peace’, meraikan saat-saat kebahagiaan yang diluangkan bersama orang tersayang.

Saya ingin mencipta momen yang mencerminkan pengarang Jane Austen. ‘Truly’ adalah haruman seseorang wanita yang mempesonakan. Diilhamkan oleh genre sastera abad ke-19 yang sarat dengan kelembutan dan keterangsangan, saya mencipta haruman rumah ini untuk menyorot saat-saat seseorang wanita yang berlembut hati duduk menyebelahi perapian rumah.” Christopher Chong

Lilin ‘Truly’ dipersembahkan dalam bekas kaca Itali merah karang berhiaskan tulisan keemasan dan putih, dirumuskan dengan lilin mineral terbaik untuk menyebarkan haruman paling kuat dan boleh menyala sehingga 40 jam. Semburan bilik pula diadun untuk menghasilkan keberkesanan maksimum dan sentuhan kemewahan di setiap bilik yang kekal selama berjam-jam.

Aroma Mewah Rumah

Ilham Haruman Midnight Flower Collection

Membara dengan sifat kehangatan dan romantis, haruman ini diilhamkan oleh masa yang diluangkan di kawasan luar bandar pada hujung minggu. Dengan haruman bunga-bungaan, ‘Truly’ membuka dengan haruman Lili. Haruman utama dibentuk oleh campuran resin Benzoin dengan cengkih untuk mencerminkan kenyamanan dan kehangatan sesebuah perapian rumah. Haruman asas cendana pula membawa pesona dan kehangatan hutan yang diterangi mentari ke dalam ruangan rumah.

Rangkaian produk lilin dan semburan bilik Midnight Flower Collection boleh diperoleh dari kedai Amouage di;

Pavilion, Kuala Lumpur
Starhill Gallery, Kuala Lumpur
Isetan, Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Domestic and International Terminal, Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE