SEARCH

Pusat Gim Orang Kaya: Babel KLCC Mantap Dengan Dekorasi & Kelengkapan Serba Mewah

Pusat Gim Orang Kaya: Babel KLCC Mantap Dengan Dekorasi & Kelengkapan Serba Mewah

Setelah mendapat sambutan pada pembukaan cawangan sulungnya di Babel Menara Ken TTDI, Babel membawa keterujaan bergimnasium dalam suasana serba mewah di KLCC pula. Bertempat di kawasan strategi yang memudahkan pelancong, penduduk setempat dan pelanggan yang jauh (kerana kedudukannya di pusat perhatian pelancong yang terintegerasi dengan transportasi umum). Hiasan arca atlet serta gabungan warna pekat seperti oren kemerahan dengan perabot emas sudah cukup membuktikan Babel KLCC adalah pusat gim orang kaya yang cukup menarik perhatian.

Karnival Di Hutan

Mengambil tapak seluas 15,000 kaki persegi di aras Aras G & Aras 1, Babel KLCC menyambut tetamu dengan restoran yang menghidangkan makanan sihat di hadapannya. Sejurus masuk ke arena bersenam di tingkat satu melalui tangga putar kamu akan terpesona dengan tema ‘karnival di hutan’, tetamu pasti kagum dengan pokok-pokok dan kehijauan tulen yang menghiasi kawasan angkat berat dan mesin gim yang lainnya.

Bergerak Disokong LED

Apabila memasuki ruang HIIT Babel, pelanggan akan menyedari pelbagai cahaya LED yang disusun secara geometri (terdiri daripada lebih setengah kilometer lampu) berselerak di siling, boleh diprogramkan untuk bergerak dan menukar warna selari dengan bunyi sekeliling. Seluruh premis dilengkapi dengan sistem stereo yang setanding kelab-kelab dan pastinya mengerahkan tenaga kamu untuk lebih bersemangat memulakan gerakan.

Teknologi Mengenalpasti Aktiviti Pelanggan

Pelanggan diperkenalkan dengan peralatan Technogym Artis Line yang canggih dan mampu mengikuti aktiviti apa yang digemari melalui pengesanan data peribadi. Contohnya, jika kamu suka menggunakan mesin treadmill, mesin tangga atau sebagainya, tap saja kad utama dan mesin mengenalpasti data-data aktiviti kamu.

Prosesnya begini, setelah mendaftar, ahli akan diperkenalkan dengan pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh peralatan yang menggabungkan aplikasi MyWellness. Ia diletakkkan di cengkaman pergelangan tangan, pengguna boleh menggunakan kad utama mereka untuk log masuk ke mana-mana satu unit mesin Technogym.

Kad tersebut boleh menyimpan pangkalan data terperinci untuk menjejaki perkembangan latihan pelanggan, atau untuk berkongsi dengan jurulatih profesional di site dan merangka program latihan yang lebih tepat dan berkesan. Selain itu, ahli-ahli juga boleh menempah slot kehadiran untuk mana-mana kelas signatureyang ditawarkan oleh Babel melalui aplikasi itu juga.

Fasiliti Kelas Pertama

Objektif Babel adalah untuk memberikan rakyat Malaysia akses kepada perkhidmatan berkualiti premium pada harga yang berpatutan. Kelab ini turut menyediakan kemudahan bilik mandi kelab lengkap dengan sauna inframerah dan bilik serbuk dan pancuran mandian yang direka dengan indah. Tetamu akan berasa selesa seperti di rumah. Selain itu, melalui perkongsian Babel dengan W Hotel – terletak hanya 350m, bertentangan dengan menara berkembar – pelanggan akan dirawat dengan sentuhan mewah semasa menghadiri kelas kumpulan akuatik Babel.

Melalui pelbagai kelas dan pilihan latihan peribadi Babel, pelanggan diselia di bawah bimbingan jurulatih profesional PTA yang berpengalaman. Ia menyediakan latihan tanpa tandingan yang diakui melalui penyelidikan saintifik yang mematuhi piawaian antarabangsa. Selain itu, pelanggan yang berminat untuk mengikuti kerjaya dalam latihan peribadi turut dialu-alukan untuk mendaftar di Akademi Latihan Babel, di mana mereka juga boleh mencapai Pensijilan PTA melalui Babel.

Untuk maklumat lanjut tentang Babel, sila lawati laman web rasmi dan portal maklumat kelab atau tunggu ke laman Facebook rasmi mereka dan halaman Instagram @ babel.fit untuk kemas kini dan pengumuman yang menarik.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE