SEARCH

Bagaimana Mahu Putuskan Hubungan Tanpa Menyakitkan Hati Pasangan?

Bagaimana Mahu Putuskan Hubungan Tanpa Menyakitkan Hati Pasangan?

Memutuskan hubungan adalah sukar untuk dilakukan tetapi kadang-kadang kamu perlu melakukannya. Jika ia bukan satu kekuatan positif dalam hidup kamu, mungkin lebih baik akhiri sahaja hubungan itu. Terdapat banyak cara untuk berpisah dengan seseorang, dan tidak semuanya baik. Pergi begitu sahaja, kekalkan hubungan tetapi curang dengannya, burukkan pasangan di media sosial dan mulakan hubungan terbuka. Empat perkara ini adalah cara kejam untuk mengakhiri hubungan, malah ia bakal menjadikan keadaan semakin sulit. Akhiri dengan classy dan bersikap jujur serta saling hormat pasangan, tetapi bagaimana mahu putuskan hubungan tanpa menyakitkan hati pasangan? Kamu pasti bimbang dengan tindak balas pasangan kamu. Beri keutamaan kepada keselamatan diri kamu sendiri terlebih dahulu ya. Yalah siapa tau dia akan bertindak seperti orang gila?


Walaupun ia mungkin sebuah keputusan yang sukar pada masa ini, berpisah dengan pasangan adalah lebih baik daripada kekal dalam hubungan yang tidak berfungsi untuk kamu.

1. Pastikan kamu benar-benar mahu berpisah

Sekiranya kamu masih gundah sama ada masih ingin bersama atau kekal dengan pasangan, jangan ambil tindakan melulu untuk memutuskan hubungan. Ambil langkah ini jika kamu benar-benar pasti. Jika kamu sendiri tak tahu di mana kamu berdiri, bekas kekasih kamu pasti akan ‘merujuk’ kembali dan kamu akan terkurung dalam satu perhubungan yang kamu yakin tidak akan ke mana-mana.  

 2. Pilih masa dan tempat yang sesuai untuk berbincang

Hormati dan jadi insan yang tinggi pekerti terhadap pasangan kamu. Jangan memutuskan hubungan pada tarikh lahir mereka dan jangan ungkapkan pada waktu pagi sebelum mereka pergi ke bekerja (atau melalui teks semasa mereka sedang bekerja). Jika kamu telah lama menjalinkan hubungan dan bukannya cinta jarak jauh, perpisahan secara bersemuka dan peribadi adalah cara paling terhormat. Peringatan sekali lagi, jika kamu bimbang tentang keselamatan kamu, lupakan segala-galanya dan utamakan hal keselamatan kamu.

3. berlaku jujur

Secara umumnya, kejujuran adalah dasar terbaik semasa perpisahan. Kita semua ingin belajar dan memahami sebab sesuatu perkara itu berlaku. Jika kamu tidak memberikan maklumat, orang itu mula mencari seperti, ‘Apa salah saya?’ Dan hal itu menjadikannya lebih sukar untuk move on.

4. Jelaskan dengan baik mengapa kamu mahu putuskan hubungan

Walaupun hakikatnya seperti, “Saya benci cium kamu kerana bau mulutmu sangat busuk”! Keseimbangan kepada kejujuran adalah kebaikan. Walaupun kejujuran itu kadang kala perit untuk ditelan. Kamu boleh menyatakan keputusan yang benar dan tidak kejam seperti “Saya lihat hubungan kita tidak akan berkekalan untuk jangka masa yang panjang.” Kamu harus jujur dan perlu bersikap baik.

5. Jangan lafazkan di restoran

Pasangan kamu pastinya akan terasa selepas mengetahui berita perpisahan ini. Begitu juga kamu walaupun ia datangnya dari pihak kamu sendiri. Selepas ‘upacara’ perpisahan dan masing-masing menyatakan sebab musababnya, kamu berdua haruslah bersurai dari lokasi ‘kata putus’ tadi diucapkan untuk masing-masing memproses kembali tentang kejadian tadi bersendirian atau dengan teman. Ini sebabnya mengapa perpisahan di sebuah restoran adalah idea yang kurang baik. Kerana akan banyak babak kekok seperti kamu perlu menunggu untuk menyelesaikan makanan dan membayar bil sebelum kamu boleh keluar daripada keperitan itu.

6. Cuba jauhkan diri di permulaan perpisahan

Kadang-kadang, seorang bekas boleh menjadi sahabat baik. Tetapi kamu berdua perlu ruang terlebih dahulu. Jika tidak, ia tidak akan terasa seperti perpisahan. Oleh itu, jangan berhubung walaupun hanya ingin bertanya khabar, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Selepas beberapa waktu berlalu dan kamu telah pulih daripada peristiwa perpisahan, kamu boleh cuba wujudkan semula persahabatan, jika keduanya mahu. Ya lah buat apa bermusuh kan?

7. Apa jua yang kamu lakukan, jangan cuba lakukan seks meraikan putus hubungan

Ia perasaan yang semula jadi jika kamu tergoda dengan bekas kekasih. Jangan cuba lakukannya. Tahan sedikit nafsu. Sekiranya kamu berbuat sedemikian, kamu sedang membentuk ikatan emosi sama ada suka atau tidak. Jika kamu cuba mengatasi masalah untuk melupakannya, jangan sampai terbaring di atasnya. Seks dengan bekas kekasih adalah sesuatu yang ditegar dalam proses perpisahan kerana ia akan menjadikan keadaan menjadi lebih rumit.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE