SEARCH

Bagaimana Mencipta Ruang Yang Relaks & Selesa Di Rumah

Bagaimana Mencipta Ruang Yang Relaks & Selesa Di Rumah

Rumah, bukanlah tempat persinggahan sementara atau tempat sekadar berehat semata. Malah ia lebih daripada itu. Rumah merangkumi ruang peribadi, privasi serta tempat istirehat selepas hari yang panjang. Saya berikan tip bagaimana mencipta ruang yang relaks dan selesa di rumah.

Ruang selesa yang saya maksudkan ialah tempat di mana kamu berbalut dengan selimut dalam suhu dingin ketika menonton Netflix atau ketika kamu meminum segelas air dingin ketika berjaga di waktu malam. Ia memberitahu bahawa kamu benar-benar berada di rumah.

Saya percaya bahawa bilik tidur adalah syurga untuk renovasi, memperbaharui dan membaik-pulih daripada tekanan kehidupan seharian. Penting untuk mewujudkan ruang yang selamat dan santai dengan memilih produk yang memberikan keselesaan kepada kamu. Ia juga mengenai bagaimana menyimpan perkara-perkara yang kamu gemari untuk menjadikan fungsi ruang lebih baik.

Berikut adalah tiga petua penting untuk mewujudkan tempat perlindungan kamu sendiri:

HÖVÅG Tilam poket sprung, saiz queen L200xW150cm. Kelabu Gelap. RM1,199
Tidur malam yang baik bermula dengan katil yang betul

Apabila berbaring di tilam, satu saiz tidak sesuai dengan semua. Memutuskan tilam yang sesuai untuk kamu bergantung pada pembuatan tilam. Itu bukan satu-satunya faktor, walaupun suhu, kedudukan tidur, bentuk fizikal dan tingkah tidur kamu juga menentukan tilam mana yang akan membuatkan kamu tidur dengan nyenyak. Pastikan kamu bandingkan pelbagai jenis tilam sebelum membeli yang mana tepat untuk kamu.

Ia memerlukan masa untuk kita membiasakan diri bersama tilam yang baharu dibeli. Untuk itu, di IKEA kamu mempunyai sehingga 365 hari untuk mengembalikan tilam jika kamu berasa tidak serasi. Paling penting, kebanyakan tilam dilindungi oleh jaminan 25 tahun terhadap kecacatan bahan dan mutu kerja.

TIP STAIL: Menambah pad tilam atau pelindung tilam adalah cara mudah untuk menambah lapisan keselesaan ke atas tilam kamu. Pad tilam KNAPSTAD, diperbuat daripada busa memori, membentuk dengan sempurna ke badan kamu sambil memberikan kapasiti melegakan tekanan yang tinggi yang membolehkan kamu berehat lebih awal. Ia turut hadir dengan lapisan atas gel yang membuatkan permukaan tidur yang lebih sejuk.

KNAPSTAD Tilam pad, saiz queen L200xW150cm. Putih RM799

 

 Letak Semua Di Tempat Sembunyi & Berkelompok 

MALM Katil Ottoman, saiz queen RM1,899

Rangkaian bilik tidur MALM mempunyai ruang penyimpanan yang luas dan tidak mengambil ruang tambahan di dalam bilik. Untuk barang kecil, gunakan pilihan storan mudah alih seperti bakul TÄNKVÄRD dengan pemegang, sebagai contoh, yang memberikan kamu kebebasan untuk bergerak ke bilik yang berbeza untuk keperluan yang berbeza, bila-bila masa dan di mana sahaja yang kamu memerlukannya.

TÄNKVÄRD Bakul berpemegang, RM49.90

 

Pilih bahan yang membantu kamu tidur dengan baik

Berada di rumah dan santai mempunyai hubungan kuat dengan sentuhan barang-barang di sekeliling kita. Itulah sebabnya kita mahu tekstil berbisik, “datang dan rasakan saya”. Hagitu!

Lembut, linen tulen dan kapas, itu yang kamu mahukan dengan kulit kamu seperti yang diimpikan semasa bangun tidur. Dari kain linen yang lembut, langsir bilik tidur yang menghalang cahaya terang masuk, selimut dan bantal yang sesuai dengan keinginan tidur adalah penting untuk tidur yang baik.

SÅNGLÄRKA Alas quilt dan bantal, saiz single Quilt: L200xW150cm. Biru gelap. RM119

 

TÄNKVÄRD Toto atau selimut L170xW130cm. putih/biru. RM139

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE