SEARCH

Beige Latar Warna Butik Terbaru Jaeger-LeCoultre Pavilion KL

Beige Latar Warna Butik Terbaru Jaeger-LeCoultre Pavilion KL

Suasana petang menjadi meriah di kala ruang membeli-belah hadapan butik baru Jaeger-LeCoultre dibanjiri tetamu jemputan untuk menjadi saksi pembukaan rasmi butik jam ini. Hampir kelihatan seperti emas, beige latar warna butik Jaeger-LeCoultre menampakkan pantulan kemewahan pada dinding dan siling.

Jaeger-LeCoultre meraikan pembukaan butik konsep di Pavilion KL selain 350 bandar terkenal dunia yang sudah punya butik seumpamanya. Meraikan majlis gilang gemilang itu Geoffroy Lefebvre, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembutan Jaeger-LeCoultre, Maxence Kinget, Pengarah Urusan Jaeger-LeCoultre Asia Tenggara dan Oceania.

Turut meraikan acara Reena Tan, Pengurus Jaeger-LeCoultre Malaysia dan Vietnam. Majlis dianjurkan bersama-sama dengan Charge d’affaires dari Switzerland ke Malaysia, Werner Bardill dan Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion KL.

beige latar warna

beige latar warna

Sejurus upacara pemotongan riben, tetamu dihiburkan dengan persembahan menakjubkan daripada Canadian Songbird, Janaia. Sambil model-model mempamerkan jam tangan kepada hadirin.

Koleksi poket vintaj dibawa khusus sempena pelancaran dan dipamerkan kepada orang ramai. Jam tangan unik seperti Hybris Artistica Mysterieuse, Reverso Gyrotoubillion Tribute, The Master Minute Repeater Ultra Thin dan juga enamel dengan lukisan daripada Van Gogh.

Terlihat juga barang perhiasan mewah seperti koleksi Rendez-Vous yang mengungkap kedua-dua kecantikan estetika dan inovasi pembuatan jam tangan Switzerland dengan baik.

beige latar warna

beige latar warna

Butik baru Jaeger-LeCoultre ini terletak di tingkat dua seluas 1,500 kaki persegi, butk ini adalah destinasi menarik untuk pelanggan bertemu seni pembuatan jam tangan yang sebenar dan gaya ikonik savoir-faire yang berprestij.

“Butik baru Jaeger-LeCoultre menyediakan persekitaran mewah dan selesa kepada pengunjung. Reka bentuk dalaman diberi sentuhan mewah, lebih intimasi dan tenang untuk pelanggannya selesa berurusan. Ruang yang elegan ditata rias penuh cantik dan terdapat juga ruang untuk memberi sentuhan peribadai terhadap jam tangan pelanggan. Geoffroy LeFebvre, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif The Manufacture Jaeger-LeCoultre.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE