SEARCH

Belanja Atas Talian Dengan Bijak Menggunakan Shopback

Belanja Atas Talian Dengan Bijak Menggunakan Shopback

Apa guilty pleasure paling besar dalam hidup kamu? Makan makanan tidak sihat ketika sedang berdiet atau tidur lambat pada waktu malam walaupun kamu harus bangun pagi untuk ke pejabat keesokan harinya? Kalau saya, guilty pleasure paling susah untuk saya tangani adalah keinginan untuk membeli belah atas talian, tambahan pula jika ada tawaran hebat seperti potongan harga lagilah tangan ni gatal sahaja hendak membeli!

Jika ditanya kenapa saya lebih gemar membeli-belah secara online berbanding ke shopping complex, mungkin kerana faktor waktu yang terkadang membataskan pergerakan saya, jadi dengan adanya hub-hub untuk membeli-belah atas talian ini sedikit sebanyak memudahkan urusan saya.

Apa sahaja yang saya mahu kini dengan hanya satu klik saya sudah mampu memilikinya, malah akan terus dihantar ke depan pintu rumah. Tanpa perlu memikiran jalan yang sesak, duit minyak dan tidak perlu pening kepala risaukan bertapa susahnya hendak mendapatkan petak parkir terutamanya pada hujung minggu di mana pusat membeli-belah lazimnya sesak dengan pengunjung.

Tapi tahukah kamu sebenarnya ada cara untuk kita berjimat dengan mendapatkan pulangan tunai setiap kali kita membeli-belah atas talian? Yup, dengan Shopback kamu kini tidak perlu risau lagi tentang berbelanja secara berlebihan kerana ada pulangan tunai yang menanti kamu setiap kali kamu selesai shopping secara online.

Shopback

Di sini saya sertakan tiga langkah mudah untuk berbelanja menggunakan Shopback demi kesejahteraan duit poket kamu,

1. Pertama sekali kamu perlu sign-up sebagai pengguna cashback, hanya isikan alamat email dan kata laluan.

Shopback

2. Klik pada stor di mana kamu mahu membuat pembelian, kemudian kamu akan terus dibawa ke laman sesawang pilihan kamu tadi dan teruskan belian seperti biasa.

Shopback

 

Shopback
Contohnya saya memilih untuk membuat belian di zalora.com

 

3. Setelah selesai pembelian, tunggu beberapa hari sehingga pulangan tunai dikreditkan ke akaun Shopback kamu, biasanya ia akan mengambil masa kurang dari seminggu. Sebaik sahaja amaun tersebut dikreditkan, bolehlah kamu request untuk cashout. Di mana amaun tadi boleh terus dipindahkan ke akaun bank.

Antara rangkaian terkenal yang tersenarai untuk pulangan tunai melalui shopback adalah Fashionvalet, Zalora, Cotton On, Hermo, JD Sports dan banyak lagi! Jumlahnya mungkin mencecah sehingga ratusan jenama dan kedai.

Shopback tidak hanya terhad untuk fesyen dan produk kecantikan, malah merangkumi servis seperti penerbangan dan perhotelan. Jadi tidak kira apa pun yang kamu lakukan selepas ini sama ada membeli-belah, menempah tiket penerbangan atau melanggani pelan internet pastikan ia melalui shopback untuk pulangan tunai yang lumayan!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE