SEARCH

Berita Jam: Ryan Reynolds Segak Bersama Piaget Polo S, Kehebatan Huawei Watch 2 & IWC Schaffhausen Hidupkan Ikonik Mark VI

Berita Jam: Ryan Reynolds Segak Bersama Piaget Polo S, Kehebatan Huawei Watch 2 & IWC Schaffhausen Hidupkan Ikonik Mark VI

Tiga jam tangan terkini yang ada eksen berbeza saya paparkan untuk berita jam hari ini. Masing-masing punya daya tarikan juga sasaran pasaran yang lain. Tapi satu kesamaan ialah keunikan dan ada nilai sentimental pada tiap-tiap jenama. Piaget, IWC Schaffhausen dan Huawei terus menyahut tradisi bersama teknologi demi memenuhi kehendak golongan sasar masing-masing.

berita jam
Duta antarabangsa Piaget, Ryan Reynolds memakai Piaget Polo S

Ryan Reynolds Bersama Piaget Polo S Seiringan

Play a Different Game adalah motto untuk koleksi Piaget Polo S yang ada tiga ciptaan terkini. Nama Piaget Polo S diambil daripada sukan yang kami gelar paling elegan iaiatu polo. Piaget Polo S memaparkan keunikan dial berbentuk kusyen dalam case bulat berdiameter 42mm. Dial lengkap dengan skeleton P dan lengkap bersama superluminova dauphine agar ia boleh dibaca pada waktu gelap.

Pergerakan automatik dibina oleh Piaget kelas menonjolkan kecantikan pergerakannya pada case belakang yang dilindungi nilam lutsinar. Tiga model dalam koleksi ini tapi kita fokus apa yang dipakai Ryan terlebih dahulu. Paling penting, ia sesuai dipakai sehari-hari dan tak renyah buat lelaki yang gemarkan kesederhanaan.

berita jam

Stail, Fungsi dan Serba Boleh – Huawei Watch 2 Ada Kesemuanya

Pabila jam tangan pintar diperkenalkan, ia memberi persepsi baru yang mewakili gaya kamu. Jam tangan Huawei Watch 2 hasil ‘perkahwinan’ antara klasik dan teknologi kerana imej pada paparan dial adalah klasik kerana memaparkan jam analog tetapi di sebalik itu terselindung berbagai-bagai fungsi maju untuk mengetahui lebih daripada sekadar jam.

Huawei Watch 2 adalah siri jam tangan pintar yang memaparkan bezel seramik pada diameter 45mm dan menggunakan nisbah jam tangan tradisional. Kamu juga boleh menikmati kecanggihan jam ini melalui arahan lisan dan isyarat tangan yang membantu kamu mendapat info hanya dengan arahan mudah.

Versatil melalui gaya, Huawei Watch 2 boleh diubah gayanya mengikut mood atau gaya pada majlis. Ia terbina kalis air dan debu juga menawarkan keselesaan ergonomik. Sambungan ke telefon pintar 24 jam ia tersambung dengan sambungan 4G dan kad SIM terselindung, jam ini mampu menjawab panggilan telefon, mengakses ramalan cuaca, Facebook chatting, Uber dan banyak lagi.

berita jam
Huawei Watch 2

IWC Schaffhausen Memberi Penghormatan Kepada Mark XI

Edisi istimewa yang juga terhad untuk 1,948 unit ini versi istimewa Pilot’s Watch Mark XVIII yang digabungkan rekaannya adengan model ikonik Pilot’s Watch Mark 11. Segitiga kuning pada kedudukan jam 12 dan 3,6,9 disadurkan dengan material luminescent untuk keboleh bacaan pada waktu malam. Tali Nato masih dikekalkan seperti model original pada 1948 berjawrna hijau, ia juga menghidupkan ‘mood’ sporty pada gaya.

Edisi eksklusif ini boleh didapati di Harrods London selama tiga bulan bermula Julai 2017. Selepas itu barulah boleh didapati di butik IWC dan peruncit yang sah.

berita jam

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE