SEARCH

STAIL.MY Menerawang Ke Berjaya Tioman Resort Melakar Sejarah Hingga Ke Dasar Lautan

STAIL.MY Menerawang Ke Berjaya Tioman Resort Melakar Sejarah Hingga Ke Dasar Lautan

Misi percutian kali ini bukan kosong. STAIL.MY ingin melakar sejarah sekaligus menikmati apa yang ditawarkan oleh Berjaya Tioman Resort setelah diubah suai. Sepanjang 323 km kami lalui bermula di pejabat rasmi STAIL.MY, kami memecut laju ke Jeti Tanjung Gemuk sebelum dibawa menaiki feri ke Berjaya Tioman Resort. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam + 2 jam menaiki feri.

Resort ini bukan baru dibangunkan, kami ke sini kerana pembaharuan yang telah dibuat kepada 268 bilik. Sambil menikmati panorama terbaik Laut Cina Selatan yang serba biru, lagi pula cuaca yang sangat baik, kami tidak lepaskan peluang mencuba beberapa aktiviti-aktiviti yang disediakan di dalam resort. Apa yang boleh saya katakan, ia menjanjikan pengalaman baharu, menarik dan mencabar wajib dicuba selagi hayat dikandung badan.

Berjaya Tioman Resort

Aktiviti-Aktiviti Menarik Berjaya Tioman Resort

Sunset Discover Golf
Golongan sasaran tentulah penggemar bermain golf dan ahli perniagaan yang menginap di sini. Walaupun mempunyai ruang bermain yang tidak terlalu besar, namun cukup puas kerana struktur permukaan yang mencabar dengan disaksikan pemandangan lautan biru.

ATV Adventure Ride
Kami sungguh teruja dengan aktiviti ini. Satu kelainan yang ditawarkan pada resort, Berjaya Tioman Resort tidak bazirkan ruang alam yang besar untuk menawarkan penginap dengan aktiviti menarik ini.

Nature Walk

Berjaya Tioman Resort
Hutan simpan milik Berjaya Tioman Resort memiliki berbagai spesis flora dan fauna yang mungkin tidak ada di Semenanjung tanah air. Kami meneroka apa di dalamnya hingga terjumpa air terjun mini dan merasai air perut bumi yang segar dan dingin.

Discover Scuba Renggis Island Snorkerling

Berjaya Tioman ResortPaling mencabar setakat ini. Masing-masing tidak mempunyai pengalaman menyelam ke dasar lautan. Namun, sebelum dibawa ke dasar, kami diajar beberapa perkara penting sebelum dilepaskan ke lautan.

STAIL.MY melakarkan sejarah peribadi apabila memberi sumbangan ‘menanam’ rumah untuk tumbuhan karang di perairan Pulau Renggis. Ribuan spesis ikan warna-warni menjadi saksi detik bersejarah itu.

Berjaya Tioman Resort

Sedikit info, Berjaya Tioman Resort sudah meletakkan kerangka bas di kawasan peliharaan karang tersebut dan akan datang mungkin sebuah rangka pesawat bakal diletakkan untuk membiak karang pada skala lebih besar.

Ayura Spa by Vita
Tidak lengkap sebuah percutian tanpa urutan atau masa bermanja diri. Berjaya Tioman Resort turut menyediakan spa yang menawarkan berbagai pakej murah dan mampu.

Cultural Show
Jika kamu datang pada waktu yang tepat, malam kamu bakal dihiburkan oleh persembahan kebudayaan orang tempatan. Nikmati muzik dan tarian sambil menikmati makan malam tempatan yang enak.

Ketahui kelebihan Berjaya Tioman Resort menerusi bicarawara STAIL.MY bersama Pengurus Resort, Charles Eman

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE