SEARCH

STAIL.MY Bongkar Rahsia Berpuasa Tanpa Rasa Lapar

STAIL.MY Bongkar Rahsia Berpuasa Tanpa Rasa Lapar

Berpuasa tanpa rasa lapar? Benarkan cara ini berkesan? Ya! Melalui makanan multi-bijirin terbaharu, Surya telah melancarkan S Great Grain. Produk ini sesuai bagi mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Kandungan kebaikan yang diperolehi daripada 5 makanan sunnah selain 18 jenis biji-bijian, formulasi unik ini juga akan menggegarkan landskap multigrain Malaysia.

Kandungan S Great Grain

Minuman multi-bijirin adalah minuman sihat yang biasanya dirumuskan daripada pelbagai bijirin seperti beras merah, beras perang, kacang hijau, jagung, gandum, bijan hitam dan pelbagai jenis kacang serta biji benih. Multi-bijirin mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan sempurna.

Dengan menggabungkan sains moden dan makanan Sunnah yang diamalkan oleh umat Islam, iaitu jintan hitam atau habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi ini mengandungi antara makanan yang paling awal ditanam sejak ribuan tahun lalu. Makanan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan mempunyai kepentingan khusus dalam budaya dan tradisi.

Ramai yang mengidamkan manfaat makanan-makanan Sunnah ini namun ia sukar ditemui di Malaysia dan sebahagian daripadanya hanya boleh didapati di luar negara. Tambahan pula, makanan tersebut dijual pada harga yang agak mahal. Kini, dengan S Great Grain, pengguna dapat memperoleh manfaat yang sangat diidamkan tanpa berbelanja besar.” Pengasas Surya Malaysia Douglas Lee.

“Oat beta glucan dalam minuman multi-bijirin membantu dalam pengurusan berat badan yang ideal menyebabkan pengguna berasa kenyang, sekali gus memperlahankan kadar pemakanan dan pencernaan. Memandangkan ia juga berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah dan kolesterol, ia membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di samping itu, makanan multi-bijirin juga membantu mengimbangi paras glukosa darah, sekali gus mengawal kepekaan insulin, manakala kandungan serat yang tinggi meningkatkan proses pencernaan dan mengurangkan risiko sembelit.” Perunding Diet Nurul Aziah Musa.

Bagi umat Islam yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang akan datang, S Great Grain boleh diambil semasa sahur kerana minuman multi-bijirin ini mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.

Dapatkan Surya S Great Graindi kedai-kedai Watsons dan kedai farmasi di seluruh Malaysia dengan dua variasi pek atau kotak yang mengandungi 15 sacet pada harga RM39.90.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE