SEARCH

STAIL.MY Temubual Idola: Minit-minit Bermakna Bersama Chris Hemsworth & Max Verstappen Di Singapura

STAIL.MY Temubual Idola: Minit-minit Bermakna Bersama Chris Hemsworth & Max Verstappen Di Singapura

Sungguh mengujakan saat bertemu dan mewawancara ringkas bersama bintang dunia yang arif dalam liga masing-masing. Saya berkesempatan menemubual dua duta jenama TAG Heuer iaitu pemandu Formula 1 Aston Martin Red Bull, Max Verstappen bersama Chris Hemsworth. Singapura menjadi medan tumpuan sempena Formula 1 Singapore Grand Prix.

Dari kiri: Max Verstappe, Chris Hemsworth

 

TAG Heuer memulakan Grand Prix Formula 1 Singapura tahun ini dengan parti yang memukau di salah satu taman negara paling ikonik dan futuristik, Silver Leaf di Gardens By The Bay. Ia menawarkan pemandangan menakjubkan Kubah Bunga dan langit-langit Marina Bay sebagai latar belakang. Tetamu tentunya teruja menyambut pelakon dan asal Australia, Chris Hemsworth dan Duta TAG Heuer yang juga pemandu Formula 1 Aston Martin Red Bull Racing, Max Verstappen.

Dari kiri: Max Verstappe, Amelia Sillard dan Chris Hemsworth

Sambutan hangat patut diberikan kepada duta besar kami Chris, yang terbang dari Australia untuk bersama-sama kita sempena acara hebat ini! TAG Heuer meraikan perkongsian hebat kami bersama Formula 1 Aston Martin Red Bull Racing kerana ia mencerminkan DNA jenama kami. Saya berterima kasih kepada Max dan pasukan untuk menyertai kami pada malam ini dan berharap sukses pada perlumbaan nanti.” Amelia Sillard, Naib Presiden TAG Heuer Asia Tenggara.

Hemsworth berkongsi tentang cara dia menghabiskan masa bersama keluarganya di Australia dan menyentuh warisan yang kaya jenama TAG Heuer sementara Verstappen berkongsi pemikirannya tentang kecintaannya terhadap dunia perlumbaan motor dan menceritakan pengalaman perlumbaannya di trek Grand Prix Singapura sebelum ini.

Saksikan video interview STAIL.MY dan deligasi media Malaysia bersama Chris Hemsworth & Max Verstappen.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE