SEARCH

Menangi Tiket Eksklusif Konsert Blackpink ‘In Your Area’ Yang Dibawakan Khas oleh Kia!

Menangi Tiket Eksklusif Konsert Blackpink ‘In Your Area’ Yang Dibawakan Khas oleh Kia!

Seperti yang kita sudah sedia tahu, kumpulan K-pop popular, Blackpink, bakal berkunjung ke Malaysia buat pertama kali. Mereka bakal bertandang bersempena konsert jelajah Blackpink ‘In Your Area’ mereka pada 23 dan 24 Februari ini yang bertempat di Stadium Malawati Shah Alam. Konsert yang bakal berlangsung selama dua hari ini dibawakan khas oleh Kia Motors di mana mereka ini turut telah diumumkan sebagai rakan kerjasama rasmi buat konsert jelajah dunia Blackpink untuk 2019.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh Kia Malaysia untuk Blinks Malaysia yang masih belum berpeluang untuk memiliki tiket konsert Blackpink. Antaranya pertandingan Kia Malaysia x BLACKPINK Valentine’s Day yang mana kamu berpeluang untuk memenangi sepasang tiket Red Zone berserta pas eksklusif Sound Check dan Send-Off. Apa yang perlu kamu lakukan ialah, hadir ke mana-mana bilik pameran Kia berdekatan dan melakukan test drive ke atas mana-mana kenderaan Kia. Muat naik di laman Instagram atau Facebook kamu dan sertakan tanda pagar #KiaMalaysiaBLACKPINK. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk menyertai pertandingan ini bermula 1 hingga 17 Februari 2019.

Bukan itu sahaja, kamu juga berpeluang untuk memenangi album yang telah ditandatangani oleh ahli Blackpink sendiri. Apa yang harus kamu lakukan ialah dengan menunjukkan skil tarian atau nyanyian terbaik kamu dengan melakukan tarian inspirasi koreografi lagu-lagu Blackpink atau juga skil carpool karaoke terbaik kamu. Jangan lupa untuk muat naik video tersebut di laman Instagram juga facebook berserta tanda pagar #MoveWithKiaMalaysia.

Dan pada hari kedua konsert ini nanti, pelakon popular Malaysia, Alvin Chong, bakal membuat penampilannya di booth Kia yang bakal ditempatkan di sekitar stadium itu nanti. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan Alvin bermula jam 3 petang sehingga sebelum konsert berlangsung!

Blackpink ‘In Your Area’

Kerjasama di antara Kia Motor Corporation bersama Blackpink ini adalah antara kolaborasi pertama yang diumumkan untuk 2019. Dan ternyata banyak lagi kerjasama bakal kita lihat di antara pengilang automotif Korea ini bersama industri muzik ini. Kerjasama ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membina hubungan rapat bersama generasi muda hari ini melalui pendekatan muzik K-pop hari ini.

Jangan lupa untuk mengikuti akaun Instagram @kia_onbeat dan menjadi antara yang pertama untuk mengetahui kisah kolaborasi Kia bersama pelbagai lagi artis dan kumpulan K-pop!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE