SEARCH

Making Life a Ride Bersama Peminat Motosikal Premium Dari Seluruh Negara Sempena BMW Motorrad Nightfuel 2017

Making Life a Ride Bersama Peminat Motosikal Premium Dari Seluruh Negara Sempena BMW Motorrad Nightfuel 2017

BMW

Lebih 400 motosikal dan peminat BMW Motorrad memenuhi ruang parkir kereta bersama dengan deruman enjin di Jalan Riong, Bangsar untuk acara Motorrad Nightfuel yang disambut seakan festival yang penuh dengan makanan, muziik dan motosikal premium.

Acara BMW Motorrad Nightfuel kali kedua ini juga mengetengahkan varian-varian BMW Motorrad Heritage – BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Racer baru. Acara ini turut menampilkan intipati perjalanan BMW Motorrad yang mengujakan selama lebih 90 tahun, BMW R nineT yang dinaik taraf jelas menggambarkan masa silam penuh gemilang BMW Motorrad. Ia hadir dengan konsep keseronokan tunggangan yang unik bersama reka bentuk klasik, minimalis dan fokus terperinci terhadap aspek teknikal.

BMW R nineT Pure baru ialah motosikal roaster. Manakala BMW R nineT Racer pula motosikal sport klasik dan old school dengan fairing separuh, di mana konsep rekaan sebegitu cukup popular sekitar era 60 hingga 70an. Ia dilihat terus membangkitkan nostalgia dalam kalangan ramai peminat motosikal hingga ke hari ini.

BMW

Model-model BMW Heritage dikuasakan oleh enjin boxer dengan sistem penyejukan udara/cecair berkapasiti 1,170cc yang penuh kuasa. Enjin yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan itu mampu menjana kuasa mencecah 110hp dan tork maksimum 116Nm. Rangkaian kuasa itu direka untuk memenuhi piawaian emisi EU4. Sebab itulah semua motosikal tersebut didatangkan dengan ciri-ciri seperti pemetaan enjin yang baru dan sistem bahan api bersama tabung karbon untuk ventilasi tangki minyak. Tidak terkecuali, sistem ekzos dengan satu pengubah bermangkin (catalytic converter) yang mempunyai bahagian silang lebih besar.

Selepas puas meneliti ahli keluarga baru BMW Motorrad, tetamu dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung dan hidangan makanan. Acara ini jelas memberi peluang kepada pencinta motosikal untuk berkumpul serta menzahirkan minat mereka terhadap jenama BMW Motorrad.

Harga runcit (termasuk GST, tanpa kos-kos lain) untuk model-model ini ialah:
BMW R nineT                         –           RM101,900
BMW R nineT Pure                 –           RM82,900
BMW R nineT Racer               –           RM88,900

BMW

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE