SEARCH

BMW R nineT Scrambler Baru Dengan Tangki Minyak Monolitik Metalik Matte

BMW R nineT Scrambler Baru Dengan Tangki Minyak Monolitik Metalik Matte

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R nineT kebangkitan semula motosikal jenis Scrambler, BMW R nineT Scrambler tampil dengan susuk klasik melalui perkadaran ikonik yang terdiri daripada enjin boxer, tangki bahan api bersaiz kompak dan bahagian belakang filigree. Reka bentuk motosikal yang tidak ditelan zaman itu juga hadir dengan speedometer klasik bersama paparan analog dalam satu kluster instrumen yang diintegrasikan pada bahagian hadapannya. Maklumat-maklumat penting seperti masa dan jarak perjalanan boleh dilihat pada dua baris paparan LCD.

Enjin BMW R nineT

– Enjin: boxer 2 silinder yang diletakkan secara memanjang. Kuasanya disalurkan menerusi satu aci pacu universal yang menjadi lambang kepada motosikal BMW selama lebih sembilan dekad.
– Kapasiti: 1,170cc, enjin boxer dengan sistem penyejukan udara/cecair itu mempunyai kuasa puncak 110hp dan tork maksimum 116Nm pada 6,000rpm, dengan kelajuan maksimum enjin 8,500rpm.
– Suspensi: Telah dipertingkatkan dengan fork hadapan boleh laras sepenuhnya yang diambil daripada BMW S 1000 RR.
– Bahan Api: Penggunaan bahan apinya sekitar 5.3 liter bagi setiap 100 kilometer. Kini, aspek ventilasi tangki ditambah baik dengan pengenalan tabung karbon di dalam sistem bahan apinya.

Harga BMW R nineT

Harga di atas jalan tanpa insurans, termasuk 6% GST BMW R nineT Scrambler ialah RM 86,900

BMW R nineT

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE