SEARCH

Kemilau Berlian 31 Karat Corum Di Pergelangan Tangan Booba

Kemilau Berlian 31 Karat Corum Di Pergelangan Tangan Booba

Booba doen’t count sheep any more! Malahan dia mengira 31 karat berlian pada jam tangan Corum-nya. Penyanyi rap ini menerima satu-satunya model jam tangan Corum Bubble Diamonds daripada Pengarah Pemasaran Corum Frederic Layani.

Jam tangan yang direka dengan beribu-ribu berlian, bertambah aura seperti pemiliknya seorang bintang Perancis yang disegani.

booba

Bubble telah memeterai perjanjian perkongsian D.U.C, satu produk ‘kesayangan’ artisan untuk jam tangan yang ada ketukangan unik pada jenama Corum.

Lirik yang disampaikan penyanyi rap ini banyak menceritakan tentang berlian, jadi tidak terkejut jika jam tangan istimewa ini dibuat khas sempena liriknya. Corum sentiasa menyokong kerjaya Booba sejak namanya di bawah lagi.

booba

Kini dia diangkat tinggi, pergelangan tangan Booba pula dihiasi dengan 1,017 berlian da 12 kristal nilam baguette. Set berlian berlapis emas, jam ini menggunakan pergerakan skeleton CO 055. Jam istimewa ini dihadirkan bersama kotak unik.

Siapakah Booba?

Booba figura penting dalam sejarah penyanyi rap Perancis. Dia menjadi terkenal sejak pertama kali menjejakkan kaki ke industri bersama kumpulannya, Lunatic. Dia juga membuka label muzik, jenama pakaian, arak dan siaran media seperti TV dan radio sendiri.

Albumnya terjual sehingga lebih 1 juta unit, mendapat lapan ‘gold record’, dua ‘platinum record’ dan tiga ‘double platinum record’. Penuisannya yang dramatis dan kreatif memahat namanya di The New French Review sebagai artis yang serba boleh.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE