SEARCH

Lebih 500,000 Buku Disediakan, Bukan Di Korea Tapi Ini Di BookXcess Sunsuria Setia Alam!

Lebih 500,000 Buku Disediakan, Bukan Di Korea Tapi Ini Di BookXcess Sunsuria Setia Alam!

Teruja melihat kedai buku direka seperti Coex Starhill Library di Seoul, tak perlu lagi pergi jauh-jauh untuk bergambar. BookXcess Sunsuria yang terletak di SB-1, Sunsuria Forum @ 7th Avenue seluas 16,000 kaki memuatkan lebih 500,000 buku. Menarik lagi buku-buku di sini ada yang ditawarkan dengan harga diskaun antara 50 peratus hingga 80 peratus.

Pengunjung pasti kagum apabila melihat terowong buku yang tersergam indah di bahagian pintu masuk kedai buku ini. Sebaik sahaja melalui terowong buku berkenaan, pencinta buku boleh menemukan beraneka jenis buku daripada seni dan reka bentuk hinggalah kesusasteraan, fiksyen, bukan fiksyen, novel remaja, buku kanak-kanak dan banyak lagi karya hebat yang tersembunyi.

Kopi & Ruang Bermain Di BookXcess Sunsuria

Kedai buku ini turut menyediakan ruang kerja dan sudut membaca yang selesa untuk pengunjung meneliti sampel buku yang disediakan. Pembaca yang gemar membaca sambil menikmati kopi boleh mendapatkan secawan kopi premium yang dibru segar serta aneka juadah ringan di kafe milik BookXcess di dalam kedai buku berkenaan.

Ibu bapa pasti menyukai bahagian kanak-kanak di mana si manja mereka boleh bermain di dalam mini-maze yang disediakan dan mencari buku yang diidamkan daripada pelbagai koleksi buku kanak- kanak yang kami tawarkan. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh mendapatkan Buku Ajaib yang dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR) yang dijual secara eksklusif di BookXcess.

Dermakan Buku Untuk Yang Memerlukan

Pelanggan boleh memilih buku untuk didermakan dari sudut Red Readerhood yang dikhususkan di kedai buku ini. Kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Amal Bistari dan Cahaya Kasih Bestari akan menerima sumbangan buku berkenaan dengan harapan kanak-kanak di rumah tersebut akan mendapat ilmu pengetahuan menerusi inisiatif ini dan berinspirasi untuk mengejar impian mereka.

Kunjungi laman media sosial BookXcess untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.


You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE