SEARCH

Trend Bunga Mati Hiasan Ruang Menarik Kala Ini

Trend Bunga Mati Hiasan Ruang Menarik Kala Ini

Apa yang dirasai oleh Haley Joel Osment sebagai Cole Sear dalam filem The Sixth Sense, kita dapat rasakan kematian di sekeliling kita. Bukanlah melihat hantu, sebaliknya nampak bunga dan kita tidak takut dengan kejadian itu. Malah kita terpesona. Dari ranting kering dan kelopak bunga yang tidak lagi bermaya membuatkannya menarik di sisi dekorasi kreatif dan ia mengubah persepsi kita mengenai bunga mati atau bunga kering.

Saya bukan penggemar bunga tetapi saya dapat banyak jambangan bunga. Mahu tidak mahu kita tak boleh menolak pemberian orang. Selain menjadikannya hiasan ketika masih bernafas, kita boleh ubah menjadi jambangan bunga hiasan kering setelah ia mati. Bunga kering menjadi tular di Instagram di mana semua jenis bunga dikelompokkan dalam satu jambangan.

Bunga kering tentunya sangat rapuh dan ia harus disusun secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Jika kamu mengekalkannya, kamu boleh mencari spray khusus untuk bunga mati atau produk bernama Dried Flower Preserving Spray di pasaran atau atas talian.

Jika kamu mendapat bunga, usah menolak kerana takut ia akan mati. Jadikan bunga mati sebagai anjakan paradigma untuk kita menghiasnya dalam cara moden.

Terrain

Laman web ini sentiasa menarik perhatian jika mencari bunga kering. Ia menawarkan pelbagai jenis bunga yang dirawat daripada daun kelapa sawit, tandan bunga buluh, batang kering, kalungan bunga dan banyak lagi.

Etsy

Di sini pula menjual jambangan bunga pengantin atau bunga tangan yang menarik daripada bunga-bunga kering. Menarik lagi, jambangan bunga di sini berwarna-warni kerana ia telah melalui proses awet yang terbaik bagi mengekalkan warnanya. Tetapi ia masih bunga mati.



Shopee

Jambangan bunga kering juga turut dijual di Shopee, pusat beli-belah atas talian yang semakin mendapat perhatian ramai masa kini. Ada banyak juga jenis bunga yang disediakan antaranya bunga teratai, bunga kekabu atau cotton flower, bunga gandum dan banyak lagi yang menarik perhatian.

Lazada

Bunga gandum yang bergugusan juga menarik dijadikan hiasan ruang. Di Lazada menjual bunga gandum kering menarik. Ia juga berwarna hijau tua, cadangan hiasan, kumpulkan bunga gandum sebanyak dua cekak tangan, letakkan ia di dalam balang kaca atau aluminium berwarna perak di satu ruang signature rumah kamu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE