SEARCH

Burger Ayam Portugal McDonald’s Malaysia Dengan Sos Piri-Piri Lazat

Burger Ayam Portugal McDonald’s Malaysia Dengan Sos Piri-Piri Lazat

Setelah menaruhkan cita rasa Korea kepada pelanggan menerusi Spicy Korean Burger (Burger Korea Pedas), McDonald’s Malaysia kini membawakan hidangan menarik dari negara lain pula kepada rakyat Malaysia iaitu Burger Ayam Portuguese terbaharu!

Diinspirasikan oleh pemandangan, suasana dan cita rasa Portugal, Burger Ayam Portuguese adalah item menu menarik yang kedua diperkenalkan sempena kempen ‘Discover the World 2019’ McDonald’s Malaysia. Burger lazat ini dimantapkan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya, satu hidangan yang mengecurkan air liur, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal.

Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen ‘Discover the World’. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikan bersama sos piri-piri istimewa kami.” Eugene Lee, Pengarah Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Untuk pencuci mulut pula, McDonald’s Malaysia juga membawa kembali Dinosaur McFlurry yang popular, penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat.

Permainan ‘Augmented Reality’ Untuk Mengumpul 50,000 AirAsia BIG Points.

Bagi menambah keseronokan sempena pelancaran Burger Ayam Portuguese baharu ini, bermula 4 Julai, McDonald’s Malaysia akan memperkenalkan satu permainan ‘Augmented Reality’ baharu yang dinamakan Catching Nonando, di mana pelanggan perlu ‘menangkap’ sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portuguese, bergantung kepada bilangan Nonando yang ditangkap.

Lebih menarik lagi, satu ‘leaderboard’ akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki pemain yang berada pada kedudukan teratas, di mana pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points!

Untuk bermain permainan ini, pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald’s Malaysia atau halaman Facebook rasmi.

Set hidangan Burger Ayam Portuguese disajikan dengan French Fries dan pilihan sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa, dengan harga bermula dari RM16.99. Ianya boleh didapati di semua restoran McDonald’s untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE