SEARCH

Nespresso Kini Membuka Butik Konsep Di The Gardens Mall Yang Menyediakan Pengalaman Kopi Imersif

Nespresso Kini Membuka Butik Konsep Di The Gardens Mall Yang Menyediakan Pengalaman Kopi Imersif

Nespresso mengumumkan pembukaan butik konsep Nespresso yang baru dan inovatif pertama di Malaysia terletak di The Gardens Mall, Mid Valley City. Persekitaran butik Nespresso baru itu menyediakan pengalaman kopi yang imersif kepada pelanggan, membenarkan pembelajaran dan pengalaman yang lebih mendalam mengenai kopi.

butik konsep
Konsep unik ini telah dilancarkan di Cannes, Perancis awal tahun lalu dan kini diperluaskan di seluruh dunia. Seluruh Butik Nespresso membenarkan pengunjung menikmati elemen-elemen yang menggambarkan komitmen mendalam Nespresso terhadap kelestarian dan pendirian terhadap persekitaran iaitu bersifat memelihara dan berusaha untuk meminimumkan sisa menerusi rekaan yang rapi.
butik konsep

“Butik Konsep Nespresso mengetengahkan lima prinsip utama: pengembaraan ringkas dan holistik pelanggan menerusi ruang-ruang yang diatur rapi, meraikan momen-momen menikmati kopi dengan amalan kopi yang khusus, kod seni bina baru untuk persekitaran yang selesa tetapi premium dan akhirnya, ekosistem sempurna fizikal ke digital untuk menghubungkan jualan atas talian. Ini menyampaikan pengalaman pembelian yang lancar termasuk sistem menunggu giliran secara maya dan pemilihan kopi digital. Dengan menggabungkan kesemua elemen-elemen ini, pengalaman peruncitan sebenar akan menjadi imersif sepenuhnya dengan para pelanggan di seluruh dunia dapat mengetahui dunia kopi Nespresso dengan lebih baik,” kata Geoffrey Dalziel, Pengurus Pembangunan Perniagaan Nespresso Malaysia.

Konsep ini juga menjadi peluang untuk mengubah kakitangan kami kepada duta jenama yang diperkasakan ekoran gabungan kemahiran insan, kepakaran, peranan dan proses-proses baharu serta teknologi operasi yang terkini.” Geoffrey Dalziel

Nespresso meletakkan matlamat untuk mencapai 100 peratus mesra alam menjelang 2020. Ia boleh dicapai disebabkan protokol pensijilan yang mengukur pengurangan jejak karbon bagi setiap perasmian baru Butik Nespresso. Konsep ini menggambarkan komitmen tersebut dengan elemen-elemen seperti permukaan meja yang diperbuat daripada serbuk kopi yang digunakan dari kilang Nespresso di Switzerland dan kayu yang 100 peratus diperoleh dairpada program-program perhutanan semula.

butik konsep

Konsep Butik Nespresso dan format terbuka itu disediakan oleh firma seni bina dan rekaan dalaman yang memenangi anugerah, Universal Design Studio yang telah diasaskan oleh Edward Barber dan Jay Osgerby.

butik konsep
Tetamu dijemput untuk meneroka Butik Nespresso di The Gardens Mall, yang telah dibuka kepada umum pada 26 Mei 2018 lalu.

 

butik konsep

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE