SEARCH

7 Cara Bijak Membahagikan Ruang Agar Kelihatan Stailish & Seperti Rumah Mewah

7 Cara Bijak Membahagikan Ruang Agar Kelihatan Stailish & Seperti Rumah Mewah

Lebih 11 tahun tinggal di kawasan rumah pangsapuri dan kondominium, juga berkunjung ke rumah teman-teman dan melihat dekorasi ‘rumah orang kita’ satu yang membuatkan saya tersedar, bukan semua daripada kalangan kita pandai menghias rumah. Buktinya, orang kita suka terikut-ikut trend bunga, sofa dan hiasan lain yang cantik di rumah orang tetapi tidak sesuai diletak di rumah sendiri yang sempit dan terlalu padat. Bagaimana mahu menghadkan pembelian perabot yang besar dan membuatkan ruang sempit? Jawapan saya ialah pembahagi ruang, di sini saya buktikan bahawa 7 cara bijak membahagikan ruang ini pasti berguna untuk rumah kamu. Tip ini mungkin kurang sesuai untuk hartawan yang tinggal di rumah agam bak kayangan.

Gaya meletakkan pembahagi ruang bukan sesuatu yang baharu, di zaman saya kecil sudah banyak pembahagi ruang berukir awan larat, rotan, kayu sudah banyak digunakan. Kali ini selain yang saya sebutkan tadi, saya senaraikan pembahagi ruang moden seperti rak buku terbuka, tirai gantung bohemian dan banyak lagi.

Ayuh ke pasar dekorasi dan lihat di mana nak dapatkan produk-produk tersebut dan fungsinya;

1. Rak Pokok Bunga Lazada

Isi ruang pembahagi dengan 5 aras rak dan letakkan pokok bunga di tiap arasnya. Saya sarankan biarlah semuanya tumbuh-tumbuhan hidup dan hijau. Sesuai diletakkan sebagai pembahagi antara dapur dan ruang tamu atau dapur dan tempat makan. Rak ini hanya berharga RM79 sahaja.

2. Urban Outfitters Astra Room Divider Screen

Pembahagi ini mempunyai panel berskrin benang tanpa membuat ruang berasa gelap. Sungguhpun ia produk luar negeri, rekaannya membuatkan kamu seorang yang ada di Malaysia ini. $299.

3. Tirai Ala Bohemian

Tidak semua pembahagi ruang datang dalam bentuk berdiri di lantai. Saya juga tertarik dengan pembahagi daripada tirai macrame yang ditenun tangan untuk membezakan lagi sebuah ruangan lain atau sekadar langsir off white biasa dengan bebola di setiap bibir lengsir menambah elemen.

4. Pembahagi Ruang Rak Buku Terbuka MyGift

Panel boleh dilipat memenuhi storan terbuka untuk pembahagi buku yang bergaya dan berfungsi ini. MyGift menjualnya dengan harga $179.90 yang boleh didapati di Amazon. Atau bagi sesiapa yang kreatif, boleh meniru rekaan rak ini sendiri.

5. Puzzlider Hanging Screen

Sistem pembahagi bilik ini terdiri daripada satu set panel gantung plastik dalam reka bentuk moden dan terbuka. Sama seperti benang-benang di atas, rekaan sebegini tidak menghalang cahaya antara ruang, jadi ia masih mencipta keluasan pada ruang yang telah dibahagi.

6. Belham Living 3-Panel Room Divider

Bagaikan panel pembahagi dalam filem Keluarga 69 (P.Ramlee). Skrin trifold yang asli mendapat tarikan di zaman 50-an dalam kemasan walnut yang kaya. Ditambah pula tanaman hijau pada ruang tersebut ia menaikkan seri antara satu sama lain.

7. Project 62 Sayer Console Table

Meja konsol panjang dengan bingkai yang tidak dibebankan ini berfungsi sebagai pemisah ruang dengan faedah penyimpanan. Kamu harus bijak meletakkan pasu besar yang cantik, bunga orked (contohnya) dan satu arca.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE